• slideshows1
    BOND merupakan hub bagi membantu organisasi mengadaptasikan amalan terbaik bagi meningkatkan pretasi produktiviti - MPC
  • slideshows
  • slideshows
  • slideshows
  • slideshows
  • slideshows

SELANGOR INTERNATIONAL INDIGENOUS ARTS FESTIVAL 2019

Last Updated: Monday, 08 July 2019

 Baru Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor, dengan usahasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) 2019 pada :

.
Tarikh : 03 & 04 Ogos 2019 

Tempat : Taman Botani Negara, Shah Alam

SIIAF 2019 adalah salah satu inisiatif untuk mengetengahkan dan memelihara permata Negeri Selangor iaitu kaum Orang Asal yang masih mengekalkan ciri-ciri kesenian dan kebudayaan asli mereka, walaupun di era teknologi moden. SIIAF 2019 merupakan antara medan terbaik untuk menjenamakan Negeri Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan berasaskan kebudayaan pilihan pelancong dari dalam, mahupun luar negara. Acara ini sering kali menarik perhatian media asing kerana keunikan temanya yang mengangkat  khazanah warisan Negara, khususnya dari Negeri Selangor

Acara yang akan berlangsung selama dua hari ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Antarabangsa Orang Asal Dunia yang jatuh pada bulan Ogos setiap tahun. Acara tahun ini menandakan edisi kelimanya sejak mula diperkenal. Edisi tahun ini menambah kelainan dengan memperkenalkan Recreational Orang Asal Run (ROAR) 2019 yang akan berlangsung pada 4 Ogos, 2019, di lokasi yang sama

Pendaftaran untuk ROAR2019 masih dibuka sehingga 12 Julai 2019,

Untuk maklumat lanjut ,click disini

 

.

 

 

Klik Untuk eBook