Bahagian Khidmat Pengurusan

Last Updated: Friday, 29 April 2016


Bahagian Khidmat Pengurusan PPAS disokong oleh Unit Pentadbiran & Sumber Manusia dan Unit Kewangan. Pejabat Unit Pentadbiran & Sumber Manusia dan Unit Kewangan, PPAS terletak di alamat Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 Gambar Hiasan Bahagian Khidmat Pengurusan 

 Unit Pentadbiran & Sumber Manusia

 

Objektif Unit :

Untuk menyelaraskan segala urusan Pentadbiran, Sumber Manusia, Kakitangan, Penyelenggaraan, Keselamatan, Sewaan Dewan, Inventori dan Latihan agar perkhidmatan perpustakaan dapat disampaikan dengan cepat, cekap dan tepat kepada pelanggan.

 

Fungsi Unit :

  • Pentadbiran Am
  • Perjawatan
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Personel
  • Kursus/ Latihan/ Seminar
  • Pengurusan Stor
  • Inventori / Pelupusan
  • Pengurusan Aset
  • Pengurusan Kualiti
  • Prestasi Pembekal
  • Keselamatan
  • Perolehan Kelengkapan &   Peralatan
  • Auditorium, dewan, makmal, bilik seminar
  • Pengurusan kenderaan
  • Pengurusan Mesyuarat utama Jabatan
  • Penyediaan Laporan

 


 

Unit Kewangan

 

Objektif Unit :

  • Memproses borang tuntutan perjalanan, elaun dan lain-lain kemudahan rasmi dalam masa 5 hari dari tarikh diterima.
  • Memproses semua tuntutan bayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan.
  • Memproses pesanan kerajaan dalam masa 5 hari dari tarikh kelulusan permohonan / sebutharga.