Bahagian Pengurusan Koleksi

Last Updated: Tuesday, 15 November 2016

Bahagian Pengurusan Koleksi disokong oleh Unit Pembangunan Koleksi dan Unit Dokumentasi. Pejabat Bahagian Pengurusan Koleksi, PPAS terletak di alamat Tingkat 1, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Gambar Hiasan Bahagian Pengurusan Koleksi

 

Unit Pembangunan Koleksi

 

Objektif Unit :

Memilih koleksi bahan perpustakaan ke arah memajukan masyarakat dari segi mental dan intelektual serta menyebarkan maklumat dengan cekap mengikut kehendak pelanggan.

 

Fungsi Unit :

  • Menyediakan pendidikan kepada semua masyarakat secara tidak formal.
  • Memperluaskan dan menambah bahan-bahan yang diperlukan oleh individu-individu untuk pendidikan formal.
  • Menggalakkan masyarakat membaca buku bagi mengisi masa lapang.
  • Menyokong dasar pendidikan, penyelidikan dan aktiviti sesuatu kumpulan institusi atau organisasi.
  • Menyebarkan maklumat kepada masyarakat di dalam semua bidang perkara bagi mewujudkan kehidupan yang berkualiti dalam semua aspek pendidikan, ekonomi, individu, budaya dan sebagainya.

 

Piagam Pelanggan :

  • Memastikan bahan yang dipesan dibekalkan dalam tempoh 3 bulan.
  • Memastikan bahan yang diterima akan diproses dan dihantar ke Bahagian Katalog dua kali seminggu.
  • Memastikan invois yang diterima daripada pembekal akan diproses dan dihantar ke Bahagian Kewangan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh invois diterima.
  • Memastikan bahan contoh yang dihantar oleh pembekal akan dipulangkan tidak lebih dari tempoh 1 bulan.

 


 

Unit Dokumentasi

 

Objektif Unit :

  • Mengkatalog, Mengklas dan Memproses dengan tepat bahan perpustakaan yang diterima dan diedarkan ke Perpustakaan Raja Tun Uda dalam jangkamasa 18 hari, perpustakaan Cawangan Sungai Besar 25 hari dan lain-lain Pusat Perkhidmatan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Membuat Laporan Perangkaan sekali sebulan.
  • Mengemaskinikan OPAC (Online Public Access Catalog) secara berterusan.

 

Piagam Pelanggan :

  • Mengkatalog, Mengklas dan Memproses dengan tepat bahan perpustakaan yang diterima dan diedarkan ke Perpustakaan Raja Tun Uda dalam jangkamasa 18 hari, perpustakaan Cawangan Sungai Besar 25 hari dan lain-lain Pusat Perkhidmatan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Mengemaskini OPAC (Online Public Access Catalog) secara berterusan.
  • Memastikan bahan perpustakaan perolehan terkini tersedia di atas rak untuk rujukan pelanggan Shah Alam dalam tempoh dua (2) minggu