Bahagian Perancangan dan Pembangunan

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Bahagian Perangcangan dan Pembangunan PPAS telah ditubuhkan pada Jun 1995. Sebelum ini ia merupakan sebuah unit di bahagian lain. Pejabat Bahagian Perangcangan dan Pembangunan terletak di alamat Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Bahagian ini bertanggungjawab kepada perancangan, belanjawan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan perpustakaan di negeri Selangor. Bahagian ini juga menyelaras perlaksanaan projek-projek pembangunan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Gambar Hiasan Bahagian Perancangan & Pembangunan 

Objektif Bahagian :

  • Menjadi sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal projek pembangunan Perpustakaan Awam yang terancang bagi negeri Selangor.
  • Menyokong program penyelidikan dan pembangunan dengan menyediakan khidmat rundingan dan kepakaran bagi membangun dan memajukan perpustakaan khususnya di negeri Selangor.

 

Fungsi Bahagian :

  • Menyelaras projek pembangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  • Menyelaras penyaluran peruntukan pembangunan untuk projek Perpustakaan Awam seperti :

Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Cawangan
Perpustakaan Pekan
Perpustakaan Desa
Perpustakaan Bergerak

  • Merancang projek pembangunan perpustakaan di negeri Selangor.
  • Merancang dan menyelaras khidmat perundingan dalam bidang perpustakaan khususnya dari aspek pembangunan kepada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta.
  • Mewujudkan satu pangkalan data yang lengkap dan mengkompilasikan maklumat dalam satu terbitan.
  • Menyediakan jadual perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

 

Piagam Bahagian :

Kearah mempertingkatkan dan memantapkan pelaksanaan projek pembangunan dan perkhidmatan maklumat, kami beriltizam :

  • Menyediakan Laporan Statistik Bulanan dan Tahun secara konsisten setiap bulan dan setiap tahun.
  • Menyiapkan semua projek pembinaan bangunan yang telah diberikan dengan baik dan sempurna.
  • Menjawab semua permohonan, pertanyaan dan khidmat nasihat yang diterima.