Bahagian Teknologi Maklumat dan Pengurusan Ilmu

Last Updated: Thursday, 19 January 2017

 

Pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan  Unit Pengurusan Ilmu, PPAS terletak di alamat Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

 

Gambar Hiasan Bahagian Teknologi Maklumat & Pengurusan Ilmu

 

Objektif Bahagian :

  • Merancang, melaksana, mengawal selia, memantau pembangunan sistem berkomputer serta memberi sokongan kepada pengguna sistem dan semua pelanggan, di samping memberi khidmat penyelenggaraan secara langsung atau tidak langsung.

 

Fungsi Bahagian :

  • Merancang, menyelaras dan mentadbir projek pengkomputeran di PPAS.
  • Memberi khidmat sokongan dalam pembinaan struktur data.
  • Menyelaras rangkaian komputer setempat.
  • Menyelenggara pembinaan dan pengemaskinian Laman Web.
  • Bekerjasama dengan institusi lain dalam mewujudkan rangkaian tertentu.

 

Piagam Pelanggan :

  • Menyedia dan menyelaras infrastruktur perkakasan dan perisian komputer supaya berada dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Mempastikan sistem komputer dan rangkaian perpustakaan dapat beroperasi dengan efisyen pada waktu penggunaan.
  • Mempastikan maklumat dalam pangkalan data adalah terpelihara dan terjamin keselamatannya.
  • Mengambil tindakan bagi kerosakan komputer dalam tempoh dua (2) hari bagi kerosakan Minor dan tujuh (7) hari bagi kerosakan Major.
  • Mengemaskini Laman Web setiap bulan.
  • Bersikap terbuka menerima cadangan dan teguran pengguna.

 

Bahagian Teknologi Maklumat PPAS turut menyokong aktiviti Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management.

 

Aktiviti Pengurusan Ilmu

 

Objektif Pengurusan Ilmu:

  • Wujudnya keupayaan kreatif atau projek-projek memproses data dalam pelbagai teknologi baru oleh organisasi.
  • Keperluan mengendalikan ilmu-ilmu yang ada di persekitaran PPAS.
  • Menjadikan PPAS sebagai Organisasi Berpembelajaran (Learning Organisation).
  • Menyediakan dan menyebarkan ilmu di persekitaran PPAS dan masyarakat luar dalam format dan bentuk yang sesuai mengikut keperluan.

 

Sasaran :

  • Membangunkan warga PPAS dengan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu, tiga (3) bulan sekali.
  • Menganalisa keperluan teknologi baru, inovasi baru dalam tempoh 1 bulan, jika ada.
  • Memantau projek-projek Knowledge Management setiap bulan.

 

Fungsi Pengurusan Ilmu:

  • Merancang projek-projek Knowledge Management yang baru setiap tahun.
  • Mengenalpasti kandungan atau maklumat yang perlu di ‘digital’kan.
  • Mengenalpasti pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk dikongsi bersama organisasi dalaman.
  • Membuat penilaian serta penganalisaan pangkalan data/ perkakasan/ perisian sama ada untuk pembelian, langganan atau sewaan.
  • Menyelaras dan memantau semua projek-projek Knowledge Management.
  • Menyelaras penyebaran dan promosi produk / inisiatif Knowledge Management bagi tujuan perkongsian ilmu sama ada di dalam jabatan atau kepada pelanggan dan masyarakat.