Maklumat W3C

Last Updated: Saturday, 30 April 2016

Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyediakan kemudahan untuk membantu mereka  yang  memerlukan sedikit pengubahsuaian  kepada  kandungan laman web supaya dapat melayarinya dengan lebih mudah dan berkesan. Ia juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C : Web Accessibility Initiative (WAI) dan Web Content Accessibility Guidelines (WCAG) 2.0, iaitu untuk menjadikan laman web mesra pengguna terhadap keperluan Orang Kurang Upaya (OKU).



Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :


Pengubahan Saiz Text Artikel : Mengubah saiz text untuk menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kesesuaian dan memudahkan bacaan pengguna. Ianya terletak pada penjuru kanan di atas setiap permulaan artikel.

 
Pengubahan Saiz Laman web : Mengubah saiz  laman web  untuk menjadi  lebih besar atau lebih kecil mengikut citarasa dan memudahkan bacaan pengguna.