Soalan Lazim (FAQ)

Last Updated: Tuesday, 12 July 2016

  1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?
  2. Bagaimanakah untuk menjadi ahli perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?
  3. Saya sudah mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara online, apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan?
  4. Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?
  5. Bolehkah saya melanjutkan tempoh pinjaman secara online dan bagaimanakah caranya?
  6. Sekiranya saya lewat memulangkan buku atau bahan pandang dengar, berapa kadar bayaran yang akan dikenakan?
  7. Adakah koleksi APD boleh dipinjam dan apakah syarat-syaratnya?
  8. Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di perpustakaan Raja Tun Uda, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh PPAS?
  9. Bolehkah mencari maklumat bahan/ buku di perpustakaan Awam Selangor melalui internet?
  10. Apakah perkhidmatan tambahan yang terdapat di PPAS?
  11. Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?
  12. Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan sejarah tempatan dan peta tentang daerah-daerah yang terdapat di negeri Selangor?
  13. Siapakah boleh saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan perpustakaan?
  14. Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan di perpustakaan?
  15. Adakah PPAS menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?
  16. Di mana lokasi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam?
  17. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya jabatan saya ingin membuat lawatan rasmi ke perpustakaan?

 

1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?

Waktu Perkhidmatan Perpustakan Raja Tun Uda, Shah Alam.

HARI  MASA KAUNTER
 Isnin  10.00 am - 7.00 pm 12.00 pm
 Selasa - Jumaat  9.30 am - 7.00 pm 9.30 am
 Sabtu & Ahad  9.30 am - 9.00 pm 9.30 am

 

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Daerah, Cawangan dan Pekan.

- Perpustakaan DIBUKA pada setiap hari Sabtu Minggu Kedua dan Keempat sahaja pada setiap bulan & DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.

HARI MASA
Isnin - Jumaat 9.00 am - 6.00 pm
Sabtu 8.30 am - 5.30 pm

 

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Desa.

- Perpustakaan DIBUKA pada setiap hari Sabtu Minggu Kedua dan Keempat sahaja pada setiap bulan & DITUTUP pada hari Isnin yang berikutnya.

HARI MASA WAKTU REHAT
Isnin - Khamis 9.00 am - 6.00 pm (Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)
Jumaat 9.00 am - 6.00 pm (Tutup 12.15 Tengahari - 2.45 Petang)
Sabtu 8.30 am - 5.30 pm  (Tutup 1.00 Petang - 2.00 Petang)

 

Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.
Waktu Perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.

 


2. Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?

Pendaftaran sebagai ahli perpustakaan PPAS adalah PERCUMA dan terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara. Pelanggan (warganegara) boleh membuat permohonan keahlian dengan mengisi borang pendaftaran keahlian di Kaunter Pendaftaran Keahlian atau secara online. Bagi bukan warganegara, pendaftaran keahlian perlu dibuat melalui borang di kaunter pendaftaran. Syarat-syarat untuk menjadi ahli perpustakaan boleh dirujuk pada borang pendaftaran dan Laman Web PPAS.

 


3. Saya sudah mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara online, apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan?

Setelah berdaftar secara online anda perlu mengaktifkan keahlian di Kaunter Pendaftaran Keahlian dengan membawa bersama MyKad/MyKid/MyPR bagi tujuan pengesahan.

 


4. Berapakah jumlah buku atau bahan yang boleh saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?

Jumlah pinjaman bahan adalah 10 NASKAH selama 3 MINGGU. Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan di kaunter pinjaman atau menerusi panggilan telefon ke talian 03-55197667 sambungan 1001/1007/1130/1220/1333 atau melalui portal. Pembaharuan boleh dibuat 3 hari sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.

Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam telah tamat tempoh/ ditempah oleh pelanggan lain.

 


5. Bolehkah saya melanjutkan tempoh pinjaman secara online dan bagaimanakah caranya?

Ya, anda boleh melanjutkan tempoh pinjaman secara online.

Cara-caranya ialah:

  • Layari http://db.ppas.gov.my:8080
  • Account Login, Masukkan: Username (Nombor MyKad/MyKid/MyPR) dan Password
  • Klik My Account
  • Klik Renew

 

*Pembaharuan boleh dibuat 3 hari sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.
**Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam telah tamat tempoh/ ditempah oleh pelanggan lain.
***Terlupa kata laluan? Sila dapatkan di Kaunter Pendaftaran Keahlian.

 


6. Sekiranya saya lewat memulangkan buku atau bahan pandang dengar, berapa kadar bayaran yang akan dikenakan?

Bagi kelewatan memulangkan bahan perpustakaan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut :

Buku     : RM0.50 sehari/ naskah
Bahan Pandang Dengar : RM2.00 sehari/ unit

 


7. Adakah koleksi APD boleh dipinjam dan apakah syarat-syaratnya?

Pelanggan boleh meminjam bahan-bahan APD (CD, VCD, DVD) dengan syarat hendaklah berdaftar menjadi Ahli APD dahulu dengan bayaran keahlian individu ( berumur 16 tahun ke atas) RM25.00 setahun. Ahli APD dibenarkan meminjam 3 unit bahan selama 3 minggu.

 


8. Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di Perpustakaan Raja Tun Uda, bolehkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh PPAS?

Tidak. Buat masa sekarang semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan dimana buku/ bahan tersebut dipinjam sahaja.

 


9. Bolehkah mencari maklumat bahan/ buku di perpustakaan Awam Selangor melalui internet?

Maklumat bahan/ buku boleh dicari menggunakan terminal OPAC yang disediakan di dalam perpustakaan atau melalui internet.

Cara-cara menggunakan OPAC :

  • Layari Laman Web  http://www.ppas.gov.my
  • Menu Pelanggan, Klik OPAC
  • Taipkan Tajuk bahan/ buku yang dicari pada ruang Search
  • Klik Go
  • Gunakan ikon anak panah untuk ke laman seterusnya

*Pencarian juga boleh dibuat menggunakan ISBN/Series Title/Author/Subject dengan menukar pilihan Options.

 


 

10. Apakah perkhidmatan tambahan yang terdapat di PPAS?

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PPAS di antaranya ialah :

  • Gimnasium (Berasingan lelaki dan perempuan)
  • Permainan interaktif seperti X-Box 360 Kinect, i-Step dan Ubiq Window
  • Perkhidmatan WiFi dan multimedia
  • Koleksi tempatan dan koleksi digital
  • Pinjaman antara perpustakaan melalui u-Pustaka
  • Kafeteria
  • Teater 2D/3D dan teater 6D
  • Rumah Ngaji
  • Bilik Perbincangan

 


11. Adakah buku yang saya pinjam boleh dipulangkan ketika perpustakaan tutup?

Pelanggan boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (book drop) yang disediakan di ruang lobi perpustakaan. Perkhidmatan kotak pemulangan buku hanya terdapat di perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam sahaja buat masa ini.

 


12. Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan sejarah tempatan dan peta tentang daerah-daerah yang terdapat di negeri Selangor?

Pelanggan boleh layari Portal Intranet Iwin atau terus ke Bilik Selangor Info Hub di Tingkat 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

 


13. Siapakah boleh saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan perpustakaan?

Anda boleh merujuk kepada pegawai yang bertugas di kaunter informasi (CIS). Pertanyaan melalui telefon juga boleh dilakukan ke kaunter-kaunter berikut :

  • Kaunter Informasi (CIS) 03-55197667 sambungan 1001
  • Kaunter Pendaftaran 03-55197667 sambungan 1011
  • Kaunter Bahagian Rujukan 03-55197667 sambungan 1420
  • Kaunter APD 03-55197667 sambungan 1337
  • Kaunter pinjam/pulang* 03-55197667 sambungan 1007 (Kanak-kanak), 1130 (Remaja), 1220 dan 1333 (Dewasa)

*Bagi bahan perpustakaan yang dipinjam dari Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam sahaja. Bahan perpustakaan yang diperolehi dari mana-mana perpustakaan daerah, cawangan, pekan dan desa, pelanggan perlulah menghubungi kembali perpustakaan berkenaan untuk tindakan lanjut.

 


14. Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan di perpustakaan?

Perpustakaan ada menyediakan kemudahan ruangan Multimedia. Penggunaan komputer/internet di ruangan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dengan kadar bayaran minima iaitu RM0.50/30 minit atau RM1.00/jam. Perpustakaan turut menyediakan kemudahan wifi secara percuma. Pelanggan yang membawa komputer riba dan perlu menggunakan adapter hendaklah membuat pembayaran sebanyak RM1.00/hari di kaunter multimedia utuk penggunaan plug point.

 


15. Adakah PPAS menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?

Perpustakaan ada menyediakan kemudahan tersebut di Perpustakaan Raja Tun Uda dan perpustakaan daerah atau cawangan yang tertentu. Sila berhubung dengan Bahagian Pentadbiran di talian 03-55197667 sambungan 1316 bagi mendapatkan keterangan lanjut.


16. Di mana lokasi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam?

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam. Koordinat GPS: Latitude : 3.088653, Longitude : 101.527333


17. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya jabatan saya ingin membuat lawatan rasmi ke perpustakaan?

Untuk mengadakan lawatan rasmi, anda boleh menghantar surat permohonan kepada Bahagian Korporat, D/A Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor melalui faks (03-55104264) atau emel (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Sila berhubung dengan Bahagian Korporat di talian 03-55197667 sambungan 1217/1214/1216 bagi mendapatkan keterangan lanjut.