MS ISO 9001 : 2008

Last Updated: Friday, 26 May 2017


SKOP PELAKSANAAN

Penyediaan Koleksi Perpustakaan dan Pengurusan Perkhidmatan Perpustakaan Berkaitan Dengan Bahan-bahan Perpustakaan.

 


DASAR KUALITI

Pengurusan PPAS beriltizam untuk menjadi sebuah perpustakaan awam yang cemerlang dan bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan pelanggannya berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.

Pengurusan PPAS sentiasa komited dalam pembinaan koleksi dan kemudahan perpustakaan yang lengkap bagi memenuhi kehendak pelanggannya secara konsisten dan profesional.

Pengurusan PPAS juga akan berusaha melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya.

 


OBJEKTIF KUALITI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Pembangunan Koleksi

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2% naskhah bahan baru, di PPAS setiap tahun.
  2. Memastikan pesanan bahan terbitan dalam negeri dibekalkan dalam tempoh sebulan.

Dokumentasi

  1. Mengkatalog, mengklas dan memproses bahan perpustakaan yang diterima, dan mengedarkan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dalam jangkamasa 18 hari.
  2. Memastikan tidak lebih dari 4% kesalahan di dalam rekod bibliografi bagi setiap semakan secara rawak.

Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan Raja Tun Uda

  1. Memastikan pendaftaran keahlian PPAS diproses dalam tempoh satu (1) jam.
  2. Melaksanakan 10 uji lari dari OPAC setiap minggu dan memastikan bahan yang dicari dapat dikesan sekurang-kurangnya 85%.

Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan

  1. Memastikan setiap pengesanan bahan atau maklumat diperolehi tidak lebih daripada satu (1) hari.
  2. Mengesan tambahan sekurang-kurangnya 100 bahan baru untuk Koleksi Selangor bagi setahun.
  3. Melaksanakan 10 ujilari dari OPAC setiap minggu dan memastikan bahan yang dicari dapat dikesan sekurang-kurangnya 85%.

Teknologi Maklumat

  1. Melaksana satu inisiatif IT setahun sekali.
  2. Mengambil tindakan pembaikan kerosakan minor dalam tempoh dua (2) hari dan bagi kerosakan major dalam tempoh tujuh (7) hari.

Pengurusan Ilmu

  1. Mendigitalkan bahan-bahan perpustakaan sekurang-kurangnya 500 mukasurat sebulan.
  2. Menjalankan sekurang-kurangnya sepuluh (10) aktiviti perkongsian ilmu setahun di kalangan warga dan pelanggan PPAS.

Pentadbiran & Sumber Manusia

  1. Menjawab surat dalam masa dua (2) minggu.
  2. Melaksanakan latihan tujuh (7) hari setahun bagi setiap kakitangan.

Kewangan & Penyelenggaraan

  1. Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan inbois dan dokumen berkaitan lengkap diterima.
  2. Memberi maklum balas tindakan terhadap sebarang aduan kerosakan, dalam tempoh empat belas (14) hari kepada pengadu, selepas mendapat kelulusan dari pengurusan.

Perancangan dan Pembangunan

  1. Mensasarkan 100% peruntukan yang diperuntukkan di bawah Pembangunan dibelanjakan.
  2. Memastikan laporan perangkaan bulanan perpustakaan disediakan sebelum 15 haribulan pada setiap bulan.
  3. Memperolehi sejumlah 1% tambahan ahli baru PPAS dari populasi negeri Selangor.

Perkhidmatan Pelanggan Daerah

  1. Memastikan pendaftaran keahlian PPAS diproses dalam tempoh satu (1) jam.
  2. Melaksanakan 10 ujilari dari OPAC setiap minggu dan memastikan bahan yang dicari dapat dikesan sekurang-kurangnya 85%.
  3. Mengesan tambahan sekurang-kurangnya 10 judul bahan baru untuk Koleksi Tempatan bagi setiap tahun.

Korporat

  1. Mencapai tahap kepuasan pelanggan pada tahap 3 berdasarkan Indeks Kepuasan Pelanggan.
  2. Memberi maklumbalas kepada aduan yang lengkap kepada pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

 

SENARAI PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001 : 2008

Terdapat 4 jenis dokumen yang disediakan oleh RATU, PPAS :



MANUAL KUALITI

 

PROSEDUR WAJIB

 

PROSEDUR OPERASI

 

PROSEDUR SOKONGAN

 

 

KEANGGOTAAN MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN KUALITI

PENGURUSAN ATASAN

Pengarah
Puan Mastura Binti Hj. Muhamad


Timbalan Pengarah
Puan Suzliana Binti Abd Hamid


Wakil Pengurusan
Puan Suzliana Binti Abd Hamid


Timbalan Wakil Pengurusan
Cik Norhafidah Binti Ehawan


Ketua Audit Kualiti Dalaman
Puan Sabariah Binti Sayuti


Timbalan Ketua Audit Kualiti Dalaman
En Norkhairul Nizam Bin M. Sadon


Pengurus Dokumen
Cik Siti Mohairah Binti Yahaya

AHLI
Puan Nihayah Binti Hj Ebni Hajar
En Sarwani Bin Abd Jalal
En Mohamed Fadzli Bin Mohd Fauzi
En Norazhan Bin Sahlan
En Zainuddin Bin Tasiman
Puan Haiziah Binti Abu
En Zahir Bin Yahaya
Pn Roselin Binti A.Razak
Pn Norafidah Binti Muhd Wirsat
Pn Sharifah Norashikin Binti Syed Mohd Pisal
En Harun Bin Mohamad
Pn Nazaleeza Binti Hassan
Pn Hikmah Binti Hassan
Pn Sannyza Binti Abd Rahim
Pn Zamilah Binti Samingan

 


Catatan :

Perpustakaan Raja Tun Uda,Shah Alam telah diberi pengiktirafan MS ISO 9002 : 94 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance pada 5 Julai 2001 dan dinaik taraf ke MS ISO 9001:2000 pada 27 Mac 2004 (Termasuk Perpustakaan Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar).

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dan Perpustakan Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar telah diberi pengiktirafan MS ISO 9001 : 2008 pada 15 Julai 2010 (termasuk Perpustakaan Daerah  Hulu Langat, Bandar Baru Bangi).