Galeri KESUKA

Last Updated: Sunday, 01 May 2016

Galeri ini adalah merupakan satu pusat pengumpulan koleksi bahan-bahan yang berkaitan dengan KESUKA sejak dari penubuhannya pada tahun 1984 hingga kini.

 

Galeri ini ditubuhkan secara rasminya oleh YBhg Datin Paduka Hajjah Shahaneem Hanoum pada 24 September 2003 daripada hasil kerjasama semua ahli dan Ahli Jawatankuasa untuk mewujudkan galeri tersendiri yang terletak di Tingkat Bawah 1, Bahagian Edaran. Kini, seiring dengan perpindahan ke bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam, galeri KESUKA telah ditempatkan di bahagian pejabat Tingkat 3.  

 

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Galeri KESUKA diperolehi melalui pengumpulan bahan yang sedia ada dan melalui sumbangan dari Pengarah, pegawai-pegawai, ahli dan kakitangan PPAS sendiri. Galeri ini hanya terbuka kepada pelawat-pelawat PPAS sahaja.


 

Album KESUKA

PESTA SUKAN PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA KE 21, 2015 DI SARAWAK {oziogallery 197}