Teater 3D

Last Updated: Monday, 21 November 2016

Teater 3D Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam terletak di aras G, bersebelahan bilik Teater XD / 6D. Teater ini telah mula dibuka pada Rabu, 28 Disember 2011. Pelanggan boleh menonton filem animasi 3D terpilih dan berkualiti dengan gema suara yang kuat serta efek gambar 3D yang nyata, menggunakan teknologi 3D Bluray Home Theater. Dekorasi bilik teater ini bersifat santai dan boleh menempatkan lebih 20 orang pelanggan pada satu-satu masa tayangan.

Gambar Bilik Teater 3DBilik Teater 3DGambar Cermin Mata 3D

Peraturan Penggunaan Perkhidmatan Teater 3D :

  1. Pelanggan perlu memakai kacamata 3D Khas Sony sepanjang tayangan. 
  2. Pelanggan perlu menjaga kacamata 3D semasa penggunaan. Denda RM400 atau gantian kacamata yang sama model akan dikenakan sekiranya kacamata tersebut pecah atau patah.
  3. Pelanggan TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN ke dalam bilik tayangan.

*Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM7.00 per individu.

*Waktu operasi bermula 10.30 pagi (sesi 1) dan 2.30 petang (sesi 2).