Keahlian dan Pinjaman

Last Updated: Thursday, 17 November 2016

Gambar Membaca Di Reading TreeGambar Budak Sedang MembacaGambar Buku

Keahlian Perpustakaan :

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya yang bermastautin di Negeri Selangor.
  • Pendaftaran keahlian adalah percuma.
  • Pelanggan perlu bersetuju untuk patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan yang telah digariskan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
  • Pendaftaran keahlian terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :

                         Kanak-kanak  -  Mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah

                         Remaja  -  Mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun

                         Dewasa  -  Mereka yang berumur 20 tahun dan ke atas

  • Pelanggan perlu membuat pendaftaran keahlian dengan mengisi Borang Pendaftaran Keahlian mengikut kategori yang ditetapkan. Borang boleh didapati di kaunter Pendaftaran. Pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian, di sini.
  • Proses pendaftaran keahlian adalah dalam tempoh 2 jam.
  • Tempoh keahlian perpustakaan adalah selama 2 tahun. Ahli perpustakaan dikehendaki memperbaharui pendaftaran keahlian sekiranya ingin terus menjadi ahli selepas tamat tempoh keahlian.
  • Kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah memerlukan Ibubapa/penjaga sebagai penjamin

 

Keselamatan Kad Keahlian :

  • Kad keahlian hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKid.
  • Ahli adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan kad keahlian.
  • Kehilangan kad keahlian perpustakaan boleh digantikan dengan bayaran RM 3.00 dan perlu dilaporkan kepada pihak perpustakaan.

 

Keahlian Bahan Pandang Dengar (BPD) :

  • Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Bahan Pandang Dengar (BPD) dikehendaki mengisi Borang Permohonan Keahlian BPD. Borang Pendaftaran Keahlian BPD boleh didapati di bilik BPD.
  • Perkhidmatan ini terbuka kepada mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Yuran tahunan sebanyak RM25.00/tahun dikenakan kepada pemohon. Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun.

 


 

Pinjaman dan Pemulangan Buku :

  • Ahli dibenarkan meminjam 10 buah buku untuk tempoh 3 minggu.
  • Tempoh lanjutan peminjaman ialah selama 1 minggu/ sekali sahaja.
  • Perlanjutan tempoh pinjaman buku boleh dibuat 3 hari sebelum atau pada tarikh pemulangan buku melalui:

1. Kaunter atau

2. Secara atas talian (Manual Lanjutan Pinjaman Secara Atas Talian) atau

3. Emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau

4. Panggilan telefon ke perpustakaan dimana peminjaman buku dibuat.

  • Ahli yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda RM0.50/hari.
  • Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku.

 

Pinjaman dan Pemulangan Bahan Pandang Dengar (BPD)

  • Setiap ahli dibenarkan meminjam sebanyak 5 unit bahan sama ada CD, DVD atau Blu-ray Disc bagi tempoh 2 minggu.
  • Bahan yang dipinjam adalah untuk kegunaan sendiri sahaja.
  • Bahan-bahan BPD persendirian tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.
  • Ahli yang lewat memulangkan bahan akan dikenakan denda RM2.00/hari bagi setiap bahan.
  • Ahli dikehendaki membayar gantirugi harga bahan bagi kerosakan atau kehilangan bahan yang dipinjam.
  • Ahli dikehendaki membayar ganti rugi harga bahan (hardware dan software) atas kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam semasa digunakan di dalam perpustakaan.