Teater XD / 6D

Last Updated: Monday, 21 November 2016

6D Motion RideTeater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih. Bilik teater ini mempunyai 8 unit kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu daripada 4 tayangan filem singkat mengikut jadual yang ditetapkan. 4 buah filem tersebut ialah Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine.

 

Gambar Teater 6DGambar Kerusi 6DGambar Suasana Bilik Teater 6D

 

Meskipun Teater 6D kebiasaannya hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia, namun PPAS mengambil langkah berani untuk memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan! Tujuan utamanya adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja yang belum pernah datang ke perpustakaan untuk mengunjungi perpustakaan dan akhirnya diharap dapat memupuk minat membaca yang mendalam, setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. Ia juga merupakan sebahagian daripada perlaksanaan konsep edutainment di perpustakaan.

 

Aspek Keselamatan :

Pihak PPAS amat menekankan aspek keselamatan pelanggan. Pelanggan perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Sihat tubuh badan
  2. Mempunyai ketinggian melebihi 140cm
  3. Mempunyai berat badan tidak melebihi 150kg
  4. Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol
  5. Tidak mengalami tekanan darah yang abnormal
  6. Tidak menghidap penyakit jantung
  7. Tidak mengalami sakit leher atau tulang belakang
  8. Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan dan ke bawah
  9. Tidak mengandung
  10. Tidak merokok
  11. Tidak mengambil gambar di dalam teater
  12. Tidak membuat rakaman video di dalam teater
  13. Tidak membawa makanan atau minuman

 

*Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM10.60 (termasuk GST) per individu.

*Pelanggan digalakkan untuk menjerit jika terkejut atau rasa gayat. Menjerit membantu mengurangkan rasa pening ataupun loya.