PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAHAGIAN RUJUKAN PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM MULAI 16 FEBRUARI 2015

Category: Pengumuman

Kepada pelanggan perpustakaan yang dihormati, adalah dimaklumkan bahawa ruangan pengguna di Bahagian Rujukan, Tingkat 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam ditutup sementara waktu mulai Isnin, 16 Februari 2015 hingga diberitahu bagi tujuan penyelenggaraan bangunan. Bagaimanapun pengguna masih boleh dapatkan khidmat rujukan yang di tempatkan sementara waktu di bilik Selangor Info Hub. Sekian harap maklum. Terima kasih.