BUKU DAN BAZAR

Category: Program Luar

Buku dan Bazar merupakan satu inisitif oleh Kota Buku untuk mewujudkan satu platform yang mengumpulkan pembaca, penjual buku dan generasi orang muda dengan menyatukan 3 elemen popular masa kini iaitu membeli-belah, muzik dan komuniti di satu tempat pada setiap hujung bulan sambil mengimarahkan budaya pembacaan dengan gaya baru dan segar.

Menampilkan pelbagai genre buku, penulis kegemaran ramai dan aktiviti menarik selama dua hari mulai

Sabtu, 28 Februari hingga Ahad, 1 Mac 2015
bertempat di Dataran Merdeka (Underground)
bermula 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Buku Dan Bazar - Meet The Publisher

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah persembahan busking, aktiviti seni, mobile booth sale, jualan baju-T, jualan makanan dan minuman serta pelbagai lagi.

 Buku Dan Bazar - Meet The Publisher