Bahagian Dewasa

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Lokasi dan Kod Bahan Zon Dewasa

Koleksi umum untuk golongan dewasa di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam berada di Tingkat 2 dan di Tingkat 3. Buku-buku ini boleh terus diakses sendiri oleh pelanggan perpustakaan. Koleksi perpustakaan disusun mengikut pengkelasan Dewey Decimal classification (DDC), dan boleh dipinjam oleh pelanggan perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli sebanyak tiga (3) naskhah buku untuk tempoh tiga (3) minggu.

 

Tingkat 2 (600-999 mengikut subjek pengkelasan) meliputi koleksi fiksyen dan bacaan ilmiah khusus dalam subjek teknologi dan sains gunaan, seni dan rekreasi, sastera, sejarah, geografi dan biologi.

 

Koleksi bacaan ilmiah di Tingkat 3 (000-599 mengikut subjek pengkelasan) meliputi bahan dalam subjek sains, komputer, maklumat dan umum, falsafah, psikologi, agama, sains sosial, bahasa, sains termasuk matematik