Garis Panduan Penerimaan Bahan Sumbangan

Last Updated: Tuesday, 24 December 2019

GARIS PANDUAN PENERIMAAN BAHAN SUMBANGAN

Kategori sumbangan di PPAS

  • Sumbangan Khusus adalah sumbangan yang diterima khas dari agensi/badan korporat, samada melalui pemberian dana atau penerimaan terus. Penerimaan bahan telah mendapat persetujuan daripada  kedua belah pihak.
  • Sumbangan Umum adalah sumbangan terus dari masyarakat umum kepada perpustakaan

 

Kriteria Penerimaan Sumbangan Bahan

  • Bahan yang diterima merupakan bahan monograf
  • Bahan sumbangan yang bersesuaian sahaja akan diproses mengikut polisi yang sedia ada.
  • Penyumbang individu hendaklah menyerahkan maklumat peribadi dengan mengisi Borang Akuan Pemberian yang disediakan
  • Bahan hendaklah dalam keadaan baik dan tidak rosak.
  • Bahan dalam salinan fotokopi tidak diterima.
  • Buku teks sekolah, buku komputer, buku rujukan ulangkaji yang outdated, komik berserta majalah hiburan, buku berunsur lucah adalah tidak diterima.
  • Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berhak membuat apa-apa tindakan terhadap bahan yang diterima.
  • Sebarang tuntuan selepas penyerahan bahan adalah tidak dibenarkan dan bahan-bahan yang diserahkan akan menjadi koleksi dan hak milik Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  • Sebarang penyerahan bahan hendaklah diserahkan sendiri oleh penyumbang dan kemudahan pengangkutan tidak disediakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

 

PENGURUSAN PERBADANAN PEPRUSTAKAAN AWAM SELANGOR

DASAR SUMBANGAN BAHAN 2019