Bahagian Kanak-kanak

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Lokasi dan Kod Bahan Zon Kreatif

 

Bahagian Kanak-kanak Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam terletak di Sayap Kanan Tingkat Bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Selain pilihan luas buku kanak-kanak yang boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pelbagai sudut menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber.

 

Reading TreeReading Tree - ruang berkonsep taman dalam perpustakaan untuk kanak-kanak membaca dalam suasana yang santai. Sebatang replika pokok besar dibina untuk menggamit kanak-kanak berehat dan membaca di bawahnya—tanpa mengira apa jua cuaca di luar sana, dengan dikelilingi bahan bacaan di rak buku yang berwarna-warni.

 

Zon Kreatif dibangunkan untuk memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti minda. Kemudahan pentas pula membolehkan kanak-kanak menyertai aktiviti setiap hujung minggu dan juga musim cuti sekolah seperti pertandingan mewarna, bercerita, senam-ria dan pertunjukan boneka.

 

On Location Reporter

i-Step merupakan satu tarikan utama di Zon Interaktif yang berupaya membangkitkan mood ceria kanak-kanak. On-Location Reporter ialah satu aplikasi permainan yang membina keyakinan diri untuk pengucapan awam dengan gaya seorang wartawan melaporkan secara lintas langsung. Permainan XBOX 360 Kinect turut disediakan bagi merangsang pemikiran strategik dalam permainan komputer, dengan caj minima RM0.50 untuk setiap pusingan permainan.

 

Si Cilik pintar sudah pasti tidak mahu ketinggalan menjelajahi dunia internet. Zon Siber menyediakan 8 komputer peribadi berasaskan Windows dan 8 komputer iMac. Caj penggunaan hanya RM1.00 sejam sahaja.

Zon Siberi-StepUbiq WindowXBOX 360 Kinect

Panduan Pencarian Buku / Koleksi :

Kod Buku Warna dan Kedudukan Pelekat di Label Tetulang
J - Junior Non Fiction BM (Oren - Tengah)
BI (Oren - Bawah)
JF - Junior Fiction BM (Merah - Tengah)
BI (Merah - Bawah)
B.Cina (Merah - Atas)
BC - Basic (Gabungan anak dan ibubapa/penjaga)
  • Star Principle (hijau) /Angel Pr (ungu) /Leadership Pr(biru) /Learning Pr (kuning) /Vision Pr (merah) /Well Organized Pr (oren)
  • Mission Statement(putih) /Character Building (merah jambu) /Self Controlling (merah) /Strategic Collaboration/Total Action (oren)
JR - Junior Reference BM (Hijau - Tengah)
BI (Hijau - Bawah)