Selangor Info Hub

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Selangor Info HubKoleksi Negeri Selangor merangkumi semua sumber perpustakaan mengenai Negeri Selangor yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia dan dihasilkan oleh warganegara Malaysia tanpa megira bentuk, bahasa, skrip mahupun tarikh dihasilkan. Koleksi ini mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan Selangor dan mempunyai nilai-nilai kebangsaan atau warisan negeri yang paling tinggi.

 

Antara bahan yang ditempatkan di koleksi ini ialah buku, kertas kerja/seminar, tesis berkaitan dengan negeri Selangor, pakej informasi, jurnal, peta, laporan jabatan-jabatan Negeri Selangor dan lain-lain. Koleksi ini dianggarkan berjumlah 2,350 tidak termasuk risalah yang disumbangkan oleh jabatan-jabatan di seluruh Negeri Selangor. Koleksi Selangor juga boleh diakses dalam bentuk digital melalui portal iWIN.