Multimedia

Perkhidmatan Multimedia telah dimulakan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun 1999 atas inisiatif bahagian Komputer/ Multimedia (kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat). Ia bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat negeri Selangor. Perkhidmatan ini bukan sahaja terdapat di ibu pejabat malah ditawarkan juga di beberapa perpustakaan cawangan.
 
Multimedia Dan Internet – setiap aras di Pustaka Raja Tun Uda
 
Terdapat 14 komputer di setiap tingkat di setiap tingkat yang terdiri daripada komputer iMac dengan system operasi MAC OS dan 9 komputer yang berasakan Windows untuk pilihan pengguna di aras G hingga aras 4.
Perpustakaan juga dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma dengan kelajuan 100Mbps.
Peraturan-Peraturan Penggunaan Multimedia :
1
Pelanggan yang menggunakan pusat perkhidmatan ini hendaklah merekodkan nama mereka kepada kakitangan yang bertugas.
2
Masa penggunaan minima yang diberikan kepada setiap pelanggan adalah selama 30 minit (bergantung kepada kekosongan)
3
Kadar bayaran adalah seperti berikut:
ms_MYMY