Peraturan & Denda

Last Updated: Thursday, 09 June 2016

Peraturan Perpustakaan :

  • Pelanggan tidak dibenarkan membuat tanda dengan pen/pensil atau melipat muka surat buku atau dengan lain-lain cara yang merosakkan buku-buku, majalah, alat-alat, perabut dan barang hak milik PPAS.
  • Bahan buku dan APD tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan kecuali bahan yang telah dipinjam.
  • Pelanggan hendaklah menunjukkan kepada kakitangan yang bertugas segala buku-buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising yang boleh mengganggu pelanggan lain.
  • Pelanggan tidak dibenarkan membawa atau menjual makanan dan minuman di dalam perpustakaan.
  • Pelanggan tidak dibenarkan makan-minum, merokok dan meludah di dalam perpustakaan.
  • Pelanggan hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan.
  • Pelanggan tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan masuk ke perpustakaan.
  • Pegawai Perpustakaan atau kakitangan perpustakaan yang bertugas mempunyai kuasa meminta pelanggan yang mengganggu ketenteraman keluar dari perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan berkuasa untuk menarik barang-barang perpustakaan seperti buku dan lain-lain daripada pelanggan yang melanggar undang-undang perpustakaan. Mereka ini tidak dibenarkan memasuki perpustakaan.
  • Pegawai perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk atau keluar pelanggan yang berkelakuan sumbang.
  • Kemudahan menggunakan perpustakaan akan ditarik balik jika seseorang itu gagal mematuhi undang-undang tersebut di atas.
  • Tiap-tiap seseorang yang berada di mana-mana bahagian perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut :

- Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh
- Berjudi atau bertaruh
- Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor
- Mereka yang terus tinggal di dalam perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup


 

Kadar Denda Lewat Pemulangan Bahan :

  • Buku - RM0.50 per hari
  • CD/DVD - RM2.00 per hari

 


 

Makluman kepada para pengunjung perpustakaan yang dihormati :

* Pemeriksaan keselamatan akan dibuat kepada semua pelanggan perpustakaan di setiap pintu keluar perpustakaan.

* Tujuan pemeriksaan ini dibuat berikutan terdapat banyak kehilangan perkakasan, buku-buku serta bahan-bahan milik perpustakaan.

* Pemeriksaan akan meliputi semua jenis beg, buku-buku dan bahan perpustakaan serta barang-barang yang terlarang (gunting, pisau dll).

* Sila pastikan buku perpustakaan yang hendak dibawa keluar telah dipinjam secara sah.

* Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Harap maklum.
Pengurusan PPAS.