Semakan Pinjam, Pulang & Denda Buku Atas Talian

Last Updated: Tuesday, 15 November 2016

Selamat datang ke Perkhidmatan Semakan Pinjam, Pulang & Denda Buku Atas Talian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) !


Untuk makluman pelanggan yang dihormati, sebagai ahli perpustakaan, pelanggan boleh log masuk ke akaun peribadi untuk mengemaskini maklumat peribadi, melanjutkan tempoh pinjaman buku serta menyemak aktiviti pinjaman, senarai buku dan lain-lain. (Sebagai langkah keselamatan, Password boleh didapati melalui emel yang didaftar /dapatkan di kaunter pendaftaran keahlian perpustakaan. Hubungi 03-5519 7667 smbg. 1001 untuk keterangan lanjut).

 

Garis panduan berikut disediakan bagi kemudahan anda :

  1. Bagi pelanggan yang membuat pendaftaran keahlian secara atas talian, anda perlu mengaktifkan keahlian (1 kali sahaja) di kaunter perpustakaan terlebih dahulu sebelum boleh log masuk ke akaun peribadi. Sila bawa bersama MyKad/MyKid/MyPR untuk tujuan pengesahan.

  2. Ahli Perpustakaan boleh log masuk ke akaun peribadi dengan memasukkan Username (no. MyKad) dan Password menerusi laman web OPAC. Klik sini bagi pelanggan yang belum mendaftar sebagai ahli.

    Gambar Log Masuk ke Sistem  Semakan Pinjam, Pulang & Denda Buku Atas Talian

  3. Pengguna sistem boleh mengemaskini maklumat peribadi, melanjutkan tempoh pinjaman buku serta menyemak aktiviti pinjaman, senarai buku dan lain-lain dengan klik pada menu sistem seperti berikut :

             Contoh Menu Sistem

  4. Tips Pembaharuan Pinjaman Atas Talian :

 

  • Langkah 1 : Log masuk ke akaun peribadi.

  • Langkah 2 : Check pada kotak ‘Select for renewal’ dan klik butang 'Renew'.
    Nota : Kotak ‘Select for renewal’ hanya akan keluar 2 hari sebelum tarikh tamat pinjaman.