Carian Buku (OPAC)

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Selamat datang ke Panduan Penggunaan Perkhidmatan Carian Buku Online Public Access Catalog (OPAC) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) !


Web OPAC merupakan katalog atas talian berasaskan web yang digunakan bagi mencari buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan dengan hanya mengetahui salah satu dari daftar kelengkapan buku atau bahan tersebut. Pencarian tersebut akan memaparkan butiran maklumat seperti nombor panggilan atau kedudukan buku di rak perpustakaan, status pinjaman dan lain-lain.

 

Garis panduan berikut disediakan bagi membantu proses pencarian buku di OPAC :

  1. Pengguna boleh mengetahui maklumat lanjut berkaitan keahlian dan proses pinjaman dan pemulangan buku atau bahan perpustakaan di SINI.

  2. Ahli perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan perpustakaan. Klik pautan berikut untuk mengetahui Peraturan dan Denda.

  3. Pengguna boleh mengakses web OPAC di URL http://db.ppas.gov.my:8080

  4. Pengguna boleh muat turun manual Manual Penggunaan OPAC di SINI.

  5. Tips Penggunaan Fungsi Carian Web OPAC :

 

  • Langkah 1 : Pengguna boleh membuat carian menggunakan kaedah 'Browse Search'. Pilih bidang melalui senarai pilihan yang disediakan (Sort by) untuk mengecilkan skop carian.

  • Langkah 2 : Gunakan 'Search Facet' di sebelah kiri skrin bagi memudahkan carian berdasarkan format, lokasi, tahun terbitan dan lain-lain.

  • Langkah 3 : Luaskan carian dengan memanfaatkan fungsi 'Additional Terms'.

  • Langkah 4 : Guna funbsi 'Advanced Search' untuk membuat carian dengan lebih spesifik berdasarkan beberapa kategori dalam satu-satu masa.