Pendaftaran Keahlian (Atas Talian)

Last Updated: Tuesday, 15 November 2016

Selamat datang ke Perkhidmatan Pendaftaran Keahlian Atas Talian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) !


Untuk makluman pelanggan yang dihormati, keahlian PPAS adalah PERCUMA. Tempoh keahlian perpustakaan adalah selama 2 tahun. Ahli perpustakaan dikehendaki memperbaharui pendaftaran keahlian sekiranya ingin terus menjadi ahli selepas tamat tempoh keahlian. Keahlian terbuka kepada orang awam tanpa had umur! Ahli yang mendaftar boleh membuat pinjaman bahan dan menggunakan lain-lain perkhidmatan, dimana-mana perpustakaan di bawah kelolaan PPAS, di seluruh Negeri Selangor!

 

Garis panduan berikut disediakan bagi membantu proses pendaftaran keahlian atas talian anda :

  1. Pelanggan boleh mengetahui maklumat lanjut berkaitan Keahlian dan Pinjaman di SINI.

  2. Ahli perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan perpustakaan. Klik pautan berikut untuk mengetahui Peraturan dan Denda.

  3. Pelanggan yang berminat menjadi ahli perpustakaan PPAS boleh membuat Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian. Klik SINI untuk log masuk ke akaun peribadi sekiranya telah menjadi ahli.

  4. Tips Pendaftaran Keahlian (Atas Talian) :

 

  • Langkah 1 : Pelanggan perlu mengisi semua maklumat yang diminta di ruang Maklumat Peribadi (Personal Information) dan Alamat Utama (Primary Address) pada borang pendaftaran.

  • Langkah 2 : Pelanggan perlu memasukkan kod pengesahan seperti yang tertera dan klik butang 'Register'  untuk meneruskan pendaftaran.

  • Langkah 3 : Setelah proses pendaftaran berjaya, pelanggan perlu datang ke kaunter pendaftaran perpustakaan untuk mengaktifkan keahlian (1 kali sahaja) dengan membawa bersama MyKad/MyKid/MYPR. Langkah ini perlu untuk mengesahkan pendaftaran keahlian dibuat oleh pemilik MyKad itu sendiri.

  • Langkah 4 : Sebagai ahli perpustakaan, pelanggan boleh log masuk ke akaun peribadi (Account Login) setelah mengaktifkan keahlian untuk mengemaskini maklumat peribadi, melanjutkan tempoh pinjaman buku serta menyemak aktiviti pinjaman, senarai buku dan lain-lain. ('Password' boleh didapati di kaunter pendaftaran atau melalui emel yang didaftarkan semasa pendaftaran).