Tanya Pustakawan (Online Support)

Last Updated: Thursday, 08 December 2016

Selamat datang ke Perkhidmatan Tanya Pustakawan  !


Untuk makluman pengunjung laman web PPAS yang dihormati, kini para pengunjung boleh berinteraksi secara maya bersama Pustakawan/Support Team  kami melalui Perkhidmatan Online Support - Tanya Pustakawan. Para pengunjung boleh mengajukan sebarang soalan berkaitan laman web, keahlian, pinjaman dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh PPAS.

 

Panduan berikut disediakan bagi kemudahan anda :

  1. Waktu perkhidmatan Tanya Pustakawan adalah seperti berikut :

    Hari Isnin hingga Khamis  : 10.00 pagi hingga 5.00 petang   (Offline pada 1.00 petang hingga 2.00 petang)
    Hari Jumaat                      : 10.00 pagi hingga 5.00 petang   (Offline 12.15 tengahari hingga 3.00 petang)

  2. Perkhidmatan Tanya Pustakawan boleh dicapai menerusi laman web PPAS. Pengguna boleh klik pada imej Tanya Pustakawan untuk berinteraksi secara langsung dengan Pustakawan atau Pentadbir laman web.

  3. Pengguna boleh mengenalpasti kesediaan Pustakawan/Support Team dengan merujuk kepada imej Tanya Pustakawan seperti berikut :

    Contoh Tanya Pustakawan Online ATAU Contoh Tanya Pustakawan Offline

  4. Pengguna juga boleh meninggalkan mesej sekiranya Pustakawan/Support Team  kami sedang Offline. Pustakawan kami akan menghubungi anda kembali sekiranya perlu.

  5. Tips Penggunaan Perkhidmatan Tanya Pustakawan :

 

  • Langkah 1 : Kenal pasti status semasa Pustakawan /Support Team melalui imej banner  Tanya Pustakawan yang terdapat di laman utama.

  • Langkah 2 : Masukkan nama, alamat emel yang sah dan mesej. Klik butang 'Start Chat' untuk mulakan interaksi.

  • Langkah 3 : Pengguna boleh mengajukan sebarang soalan berkaitan laman web, keahlian, pinjaman dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh PPAS sebaik sahaja menerima respon dari Pustakawan / Support Team yang bertugas.

                                Contoh Respon oleh Support Team Tanya Pustakawan

  • Langkah 4 : Pengguna juga boleh emel, simpan atau cetak skrip perbualan dengan klik pada ikon berkenaan setelah selesai sesi perbualan.

                           Contoh ikon emel, simpan dan cetak