Jadual Perkhidmatan – “Van Mobile Selangor B. E. S. T.”

Last Updated: Thursday, 02 March 2017

“Van Mobile Selangor B. E. S. T.” adalah cetusan idea dari Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 9 November 2017 (Rabu).Cetusan idea ini selaras dengan gagasan Selangor menuju ‘Smart State’ untuk sentiasa lebih responsif kepada tuntutan moden bagi kemudahan rakyat khususnya komuniti pangsapuri kos rendah.Van Mobile Selangor BEST merupakan sinergi berkonsepkan Strategi Laut Biru di antara agensi kerajaan iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHP).

“Van Mobile Selangor B. E. S. T.” mampu memberi manfaat kepada komuniti di 1,346 skim perumahan pangsapuri kos rendah meliputi 220,086 unit kediaman dengan anggaran penduduk seramai 1.1 juta

“Van Mobile Selangor B. E. S. T.” dilengkapi kemudahan WIFI percuma, komputer riba (laptop) dan multimedia, televisyen, koleksi bahan bacaan dan rujukan terkini, pinjaman dan pemulangan percuma.Kemudahan lain termasuk penyaman udara, ‘air bed’, meja dan kerusi serta ‘motorized awning’ untuk keselesaan pengunjung.

Jadual Perkhidmatan “Van Mobile Selangor B. E. S. T.”

PERTUGAS :

  1. EN. MOHAMMAD FIRDAUS BIN YAHYA
  2. EN.MUHAMMAD LUTFI B. ISMAIL
  3. EN. MUAMMAR AFIQ BIN. M. ADNAN
  4. EN. YUSAINI BIN ISAN
  5. EN. MOHD RIFAEI BIN AHMAD
  6. EN. MOHD HISHAM BIN MOHD JANI

  

Sebarang Pertanyaan:  

TEL : 03-5519 7667
FAX : 03-55104264
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WEBSITE : www.ppas.gov.my           

 

WAKTU & HARI PERKHIDMATAN

HARI :  SELASA - KHAMIS
           SABTU & AHAD MASA


        :  SESI 1      : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
           SESI 2      : 2.00 petang – 4.00 petang

CUTI UMUM : TUTUP