Pusat Siber Rakyat (PSR)

Last Updated: Tuesday, 11 October 2016

Gambar PSR RawangGambar PSR Sg. UdangGambar PSR Sg. Udang 2

Objektif Penubuhan  Logo PSR

Objektif Am :

  • Kerajaan Negeri dapat mempelbagaikan lagi cabang program di bawah "Mesra Rakyat".
  • Kerajaan Negeri dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara warga Selangor dengan pihak Kerajaan Negeri
  • Alternatif yang terbaik supaya Kerajaan Negeri dapat memberi sumbangan dan bakti kepada seluruh warga Selangor
  • Salah satu kaedah kepada Kerajaan Negeri bagi melaksana program yang berbentuk menjaga kebajikan warga Selangor

 

Objektif Khusus :

  • Memberi pendedahan kepada warga Selangor mangenai penggunaan komputer amnya dan teknologi maklumat khususnya.
  • Memberi kemudahan dengan mewujudkan peluang kepada orang ramai, khasnya warga Selangor untuk mendalami teknologi maklumat dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang celik IT

 

Perkhidmatan PSR terdapat di :

  1. Perpustakaan Daerah Klang
  2. Perpustakaan Daerah Kuala Langat
  3. Perpustakaan Daerah Gombak
  4. Perpustakaan Daerah Kuala Kubu Bharu
  5. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
  6. Perpustakaan Daerah Hulu Langat
  7. Perpustakaan Daerah Kuala Selangor
  8. Perpustakaan Cawangan Rawang
  9. Perpustakaan Cawangan Pelabuhan Klang
  10. Perpustakaan Komuniti Sg. Udang
  11. Perpustakaan Pekan Bestari Jaya
  12. Perpustakaan Pekan Semenyih
  13. Perpustakaan Pekan Sg. Pelek
  14. Perpustakaan Pekan Dataran Sabak
  15. Perpustakaan Pekan Hulu Bernam
  16. Perpustakaan Pekan Sekinchan
  17. Perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang
  18. Perpustakaan Desa Kalumpang
  19. Perpustakaan Desa Jenjarom
  20. Perpustakaan Desa Parit Baru
  21. Perpustakaan Desa Parit Mahang (Belum Beroperasi)
  22. Perpustakaan Desa Kuang

Setiap PSR dilengkapi, dengan 10 atau 11 unit komputer, 1 unit pencetak, 1 unit pengimbas dan 1 unit projektor. 

 

Peraturan-Peraturan Penggunaan PSR :

  1. Pelanggan yang menggunakan pusat perkhidmatan ini hendaklah merekodkan nama mereka kepada kakitangan yang bertugas.
  2. Masa penggunaan minima yang diberikan kepada setiap pelanggan adalah selama 30 minit (bergantung kepada kekosongan)
  3. Kadar bayaran adalah seperti berikut :

    Penggunaan internet :
    Setengah jam - RM0.50/seorang

    Mencetak :
    Hitam putih - RM 0.20/helai
    Warna (setengah muka surat) - RM 0.50/helai
    Warna (penuh) - RM 1.00/helai

    Mesin Pengimbas :
    Sekali Imbas (Maksimum 20 Muka surat) - RM 0.10/muka surat

    Plug Point :
    Satu plug - RM 1.00/sehari

  4. Penggunaan wayar sambungan atau extension wire tidak dibenarkan sama sekali.
  5. Penggunaan CD-ROM (jika ada) adalah percuma tetapi pelanggan hendaklah mencatit nama mereka dan meminta CD-ROM yang hendak diguna mengikut koleksi yang sedia ada.
  6. Pelanggan dibenarkan menggunakan 1 komputer untuk seorang sahaja.
  7. Pengguna tidak boleh membuka laman web berbentuk lucah dan lain-lain yang melanggar undang-undang pihak berkuasa.
  8. Tiada sebarang permainan komputer dibenarkan.
  9. Pastikan external hard disk/ pen-drive yang hendak digunakan diimbas terlebih dahulu bagi mempastikan tiada virus.
  10. Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.
  11. Pihak PPAS juga tidak bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan data atau seadanya semasa menggunakan perkhidmatan ini.

 "Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik Sejuta Maklumat"