Bahagian Rujukan

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Lokasi dan Kod Bahan Rujukan

Rujukan dan PenyelidikanBahagian Rujukan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam berada di Tingkat 4 dan menempatkan koleksi ilmiah dan buku-buku bukan fiksyen yang digunakan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan sahaja. Koleksi ini menempatkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai bidang dan mempunyai awalan 'R', 'SEL', 'CA' atau 'HRH' pada label tetulang buku berkenaan. Keseluruhan koleksi rujukan umum dianggarkan berjumlah 37,000 naskhah.

 

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, PPAS amat berbesar hati kerana menerima sumbangan buku daripada koleksi peribadi DYMM Sultan Selangor sebanyak sebanyak 1,284 naskhah. Koleksi teristimewa ini ditempatkan di rak khas yang tertera label "Selected & Donated by H.R.H Sultan Idris Shah" dan boleh diakses terus oleh pelanggan.

 

(Kilik untuk muat turun Koleksi Terkini Sumbangan D.Y.M.M. Sultan Selangor - serahan pada 21 Julai 2014)

 

Selain koleksi umum, terkandung juga koleksi seperti berikut :

  • Koleksi Akta merupakan koleksi bahan akta, undang-undang kerajaan Malaysia dan kanun. Jumlah koleksi terkini adalah 552 naskhah yang meliputi 291 tajuk.
  • Koleksi Akses Terhad terdiri daripada bahan cetakan terhad dan tidak akan diulang cetak, buku-buku yang mempunyai ilustrasi yang mahal dan mempunyai maklumat yang berharga serta bahan yang memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan berlakunya kehilangan maklumat. Koleksi ini terdiri daripada buku, koleksi jabatan, jurnal dan tesis yang berjumlah 7,000 naskhah.
  • Koleksi Nadir Umum merupakan koleksi buku yang berharga, jarang ditermui, amat bernilai dan sukar diperolehi di pasaran. Biasanya diperolehi dengan harga yang tinggi, Terdapat kira-kira 1,000 naskah buku nadir di perpustakaan.