Rumah Ngaji@PPAS

Last Updated: Friday, 29 April 2016

Majlis Pra Pelancaran Rumah Ngaji@PPAS telah diadakan pada 27 Ramadhan 1435 hijrah bersamaan dengan 25 Julai 2014 (Khamis). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PPAS, YB Dr Hajah Halimah Ali. Pihak Karangkraf telah mewakafkan sebanyak 70 naskhah Al-Quran bagi Rumah Ngaji@PPAS untuk kegunaan orang ramai.

Perasmian oleh Y.B. Dr Hajah Halimah Ali dengan diiringi oleh Puan Hajah Mastura Haji Muhamad dan Dato’ Hussamuddin Yaacob.

Perasmian oleh Y.B. Dr Hajah Halimah Ali dengan diiringi oleh Puan Hajah Mastura Haji Muhamad dan Dato’ Hussamuddin Yaacob.

 

RUMAH NGAJI@PPAS

 

Rumah Ngaji@PPAS adalah satu initiatif yang dimulakan oleh pihak Karangkraf, Warisan Ummah Ikhlas dan Akademi Sinergi Ikhlas. Rumah Ngaji@PPAS adalah projek kerjasama antara PPAS dan Karangkraf, dimana satu sudut disediakan banyak jenis Al Quran termasuk terjemahan dan digital untuk pengguna. Sekiranya mereka ingin belajar lebih mendalam lagi maka PPAS dengan kerjasama Warisan Ummah Ikhlas dan Akademi Sinergi Ikhlas akan menyediakan kelas untuk pelbagai peringkat. Ini merupakan projek sulung bersama Karangkraf dalam membina budaya baca dan faham Al Quran dan amalkan terus. Nama program untuk faham Al-Quran ini ialah B.B.Q (Baca Bincang Quran).

 

Pandangan di dalam Rumah Ngaji@PPAS

Pemandangan di dalam Rumah Ngaji@PPAS.

 

Di Rumah Ngaji@PPAS, pelajar akan didedahkan dengan makhraj huruf sebelum mendalami hukum-hukum tajwid lain seperti hukum nun sukun dan tanwin, hukum mim sukun, idgham, mad, qolqolah dan sebagainya. Untuk kedua-dua kelas asas dan tajwid, pelajar akan diberi kefahaman, dan pengukuhan melalui komunikasi dua hala antara pelajar dan tenaga pelajar.

 

OBJEKTIF RUMAH NGAJI

  1. Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid
  2. Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran
  3. Rumah Ngaji menjadi “meeting point” antara murid dan guru
  4. Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa

 

SASARAN

Kanak-kanak dan dewasa, usia 6–70 tahun.

 

LOKASI

Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

 

Permandangan di dalam Rumah Ngaji@PPAS

Suasana yang santai dan selesa.

 

Antara Al-Quran yang diwakafkan oleh Karangkraf adalah :

  • Al-Quran Al-Karim : Ar-Raudhah : 319 Tafsir Mengikut Tema : Istimewa untuk Muslimah
  • Al-Quran Al-Karim : Amazing : 33 Panduan Al-Quran Untuk Hidup Anda
  • Al-Quran Al-Karim : Al Haramain : Terjemahan & Tajwid Berwarna
  • Al-Quran Al-Karim : Terjemahan & Tajwid Berwarna : Multazam : Al-Quran Tafsir Bil Hadis
  • Al-Quran Kareem – Mushaf Resam Uthmani Dengan Tajwid Berwarna (Size A5)
  • Al-Quran Al-Karim: Mushaf Resam Uthmani dengan Tajwid Berwarna
  • Al Quran Kareem – Ar Raudhah

 

Permandangan di dalam Rumah Ngaji@PPAS

Menawarkan persekitaran kondusif untuk pembelajaran Al-Quran.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ngaji, boleh hubungi :

  • Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Lot 1, Jalan Renggam 15/5 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51013789, Faks: 03-51013685

 

ATAU hubungi Pegawai Rumah Ngaji

  1. Pn Noor Mazlina | Perak | 017-6539690
  2. Pn Surena | Kelantan | 09-7749888
  3. Pn Gharizah | Negeri Sembilan | 017-6782114
  4. Pn Maryam Shafie | Selangor | 013-2749573
  5. Pn Zaharah | Kuala Lumpur | 03-42654788
  6. Pn Masila | Johor | 019-7778010
  7. Pn Murshidah | Kedah | 012-5233040
  8. En Rozamli | Pahang | 019-7206040
  9. Pn Azlina | Sabah | 013-2221804