Pohon Penderma

Last Updated: Saturday, 30 April 2016


 

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, PPAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua syarikat swasta, agensi dan jabatan kerajaan yang telah banyak memberikan kerjasama dan sokongan untuk pembangunan perpustakaan seperti Kumpulan Perangsang Berhad, MAIS, Lembaga Perumahan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Worldwide Holdings, Lembaga Zakat Selangor, Pejabat ADUN, Thomson Reuters, Borders Malaysia, termasuk juga individu yang bermurah hati menyumbangkan koleksi buku mereka kepada perpustakaan.

Pihak perpustakaan juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada perpustakaan, yang akan dapat dipanjangkan manfaatnya kepada masyarakat. Kepada syarikat, jabatan atau individu yang berminat bolehlah menghubungi Bahagian Korporat PPAS ditalian 03-5519 7667 sambungan 1216, Pn. Juliana Es bt. Mohd. Munawir atau sambungan 1213, En. Mohd. Fadzli b. Mohd. Fauzi.

"Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik Sejuta Maklumat"