Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan

Last Updated: Tuesday, 15 November 2016

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan PPAS disokong oleh Unit Perkhidmatan Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) dan Unit Rangkaian Perpustakaan.


 

Unit Perkhidmatan Perpustakaan RATU

Unit Perkhidmatan Perpustakaan RATU merangkumi Bahagian Kanak-kanak, Bahagian Remaja, Bahagian Dewasa, Pendaftaran Keahlian dan Khidmat Perlanggan.

 

Fungsi Unit :

  • Mengendalikan Pendaftaran Keahlian.
  • Mengendalikan Pinjaman bahan untuk pelanggan perpustakaan.
  • Mengendalikan Perkhidmatan Bahan dan Alat Pandang Dengar.
  • Menyediakan Statistik Keahlian dan Pinjaman Bahan.
  • Menjalankan aktiviti Galak Guna Perpustakaan.
  • Menyelenggarakan lawatan dari sekolah, institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi.
  • Mengendalikan Perkhidmatan Maklumat Masyarakat.
  • Membuat penyusunan bahan dan bacaan rak.
  • Memberi penerangan mengenai perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan.

 

Piagam Pelanggan :

  • Memproses permohonan pendaftaran keahlian perpustakaan dalam tempoh satu (1) jam hari bekerja.
  • Mempastikan susunan bahan perpustakaan teratur dan kemas setiap hari.
  • Memastikan urusan pinjaman bahan perpustakaan diselesaikan dalam tempoh dua (2) minit bagi setiap pelanggan kecuali waktu sesak.
  • Bersedia menerima aduan pelanggan bagi mempastikan penambahbaikan untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.

 


 

Unit Rangkaian Perpustakaan

Unit Rangkaian Perpustakaan menyelia Perkhidmatan Perpustakaan Daerah, Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan,  Perkhidmatan Perpustakaan Pekan, Perkhidmatan Perpustakaan Desa dan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di seluruh negeri Selangor. Pejabat Unit Rangkaian Perpustakaan, PPAS terletak di alamat Tingkat 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

 

Matlamat Unit :

  • Memaju dan menggalakkan minat membaca dikalangan penduduk luar bandar.
  • Memberi perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna perpustakaan di daerah.
  • Menggalakkan keahlian dan pinjaman buku di semua pusat perkhidmatan.
  • Memaju sesebuah masyarakat yang berilmu.
  • Meningkatkan taraf prestasi dan perkhidmatan kakitangan.

 

Fungsi Unit :

  • Menyampaikan perkhidmatan pinjaman dan rujukan buku-buku untuk penduduk di setiap daerah. Di samping menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dan yang berada di dalam keadaan baik, kemas dan terkini.
  • Mengadakan perkhidmatan rujukan.
  • Mengadakan aktiviti menarik kepada kanak-kanak dan meyediakan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka.
  • Menjadi pusat kegiatan akademik, kemasyarakatan dan kebudayaan kepada setiap kategori masyarakat.
  • Menjadikan pusat pentadbiran Perpustakaan Desa dan Bergerak.
  • Memberikan kerjasama kepada jabatan-jabatan lain untuk menjayakan aktiviti daerah.
  • Membantu dan memberi nasihat kepada institusi lain untuk mewujudkan perpustakaan sendiri.
  • Membantu dan meggalakkan masyarakat dengan budaya membaca dan mewujudkan mini perpustakaan di rumah

 

Piagam Pelanggan :

  • Memproses permohonan pendaftaran keahlian perpustakaan dalam tempoh satu (1) jam hari bekerja.
  • Mempastikan susunan bahan perpustakaan teratur dan kemas setiap hari.
  • Memastikan urusan pinjaman bahan perpustakaan diselesaikan dalam tempoh dua (2) minit bagi setiap pelanggan kecuali waktu sesak.
  • Bersedia menerima aduan pelanggan bagi mempastikan penambahbaikan untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.