Select Page

Sahabat Perpustakaan

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Sahabat Perpustakaan adalah program sukarelawan di perpustakaan – perpustakaan terpilih di Selangor. Mari daftar sekarang sebagai sahabat perpustakaan.

Daftar Sekarang

Objektif

  1. Membina perpustakaan yang kondusif, moden dan terkini, suasana yang ceria, memberi servis yang baik dan relevan kepada kehidupan masyarakat.
  2. Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak.
  3. Perpustakaan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat.

Impak

  1. Perpustakaan sebagai Nation Building Agent yang berperanan membentuk, hati, minda dan sikap positif masyarakat.
  2. Mewujudkan sinergi berterusan antara perpustakaan awam, organisasi dan komuniti, sekaligus memastikan Perpustakaan kekal relevan dalam kehiduoan masyarakat.
  3. Menjayakan 2 Pra-Syarat transformasi Perpustakaan awam negeri-negeri iaitu
  • Sumber manusia yang mencukupi untuk mengendalikan transformasi melalui tenaga sukarelawan
  • Bajet yang mencukupi melalui projek CSR
Sahabat Perpustakaan

Program Sukarelawan

Selari dengan objektif program sahabat perpustakaan untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan dan bantuan dari pelbagai pihak, program sahabat perpustakaan telah menawarkan khidmat sukarelawan dari masyarakat untuk memastikan servis yang baik dapat di berikan kepada pengguna. Selain itu, perkongsian pengalaman, kepakaran dan ilmu boleh dicurahkan kepada pengguna melalui perogram perkongsian ilmu yang akan dianjurkan.

Khidmat Pelanggan

Sukarelawan boleh membantu staf dalam mengurus perkihidmatan yang disediakan di perpustakaan terpilih seperti perkhidmatan multimedia dan perkhidmatan meminjam buku.

Program kanak-kanak

Program cuti sekolah di anjurkan oleh bahagian perkhimatan perpustakaan pada setiap cuti sekolah dan sukarelawan boleh menyertai dan berkongsi kemahiran dan ilmu kepada kanak-kanak ketika program dianjurkan.

Menyusun buku

Bagi memastikan pengguna dapat mencari bahan bacaan yang diperlukan, buku-buku perlu di susun mengikut kategori. Dengan penambahan buku baru setiap tahun, lebih tenaga kerja diperlukan untuk memastikan buku berada di rak yang sepatutnya. Sukarelawan boleh membantu staf untuk memastikan buku berada di rak yang sepaptutnya.

Ahli

Staf

Perpustakaan

Sukarelawan

Hubungi Kami

Alamat : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Jalan Kelab Golf 13/6, 40100 Shah Alam, Selangor.

No. Telefon : 03-5519 7667

Emel: info@ppas.gov.my