BORANG PERMOHONAN PINJAMAN DEKSTOP / LAPTOP

Pemohon wajib membaca setiap syarat permohonan dan perlu setujui syarat-syarat tersebut sebelum mengisi borang permohonan


Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia.

  2. Pemohon menetap di Selangor.
    i. Salinan MyKad Pemohon.
    ii. Salinan MyKad ibu/bapa/penjaga & MyKid (Bagi pemohonan yang berumur 18 tahun kebawah.

  3. Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah kurang RM 8,000.00 sebulan.

  4. Peminjam yang masih bersekolah hanya diberi pinjaman set Desktop sahaja.

  5. Tempoh pinjaman adalah selama 180 hari maximum.

  6. Denda pemulangan lewat adalah RM 5 / Hari.

  7. Stok Desktop dan Laptop adalah terhad. Justeru permohonan pinjaman adalah bergantung kepada stok yang ada.


*  Setiap permohonan akan melalui proses tapisan. Pemohon yang berjaya akan dihubungi dalam masa 3 hari bekerja.

Syarat pinjaman

  1. Kerosakan dan Kehilangan set pinjaman perlu dilaporkan segera kepada PPAS.

  2. Setiap peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas desktop atau laptop yang dipinjam. Kehilangan set pinjaman juga perlu segera membuat laporan polis dan didenda harga Desktop RM1000 atau Laptop RM800.

  3. Pinjaman yang telah dibuat tidak boleh dipindah milik

  4. Peminjam harus menggunakan kemudahan pinjaman PC untuk tujuan murni dan tidak menyalahi undang-undang di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika peminjam didapati tersabit dengan kesalahan, PPAS berhak untuk menarik balik segala kemudahan dengan serta-merta.

  5. Peminjam hendaklah memastikan nombor telefon dan alamat rumah adalah yang terkini. Sekiranya terdapat pertukaran no telefon / alamat rumah, mohon WhatsApp kepada nombor 010-4495167 atau email ke sepintas@ppas.gov.my atau datang sendiri ke premis PPAS terdekat.

Selepas kesemua permohonan diisi. Maklumat pemohonan akan disimpan dan ditapis. Pemohon akan dihubungi sekiranya layak untuk meminjam

Dokumen Sokongan

Peminjam perlu menyediakan dokumen sokongan:

  • Salinan kad pengenalan.

  • Salinan kad pengenalan penjaga (Bagi pemohonan yang berumur 18 tahun kebawah).

  • Salinan Slip Gaji & Penyata Pendapatan

  • Salinan kad pelajar

  • Salinan bil utiliti

Lampiran Dokumen perlulah dalam format Gambar (10MB)

Persetujuaan Pemohon

Saya bersetuju dan berjanji bahawa :

  • Saya akan menjaga peralatan ini dengan baik.

  • Saya akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh kecuaian diri saya sendiri dan bersedia untuk menerima sebarang tindakan yang dikenakan oleh pihak pengurusan PPAS sekiranya perlu. (sertakan bersama lampiran aduan polis sekiranya peralatan hilang).

  • Saya akan menyerahkan semula set pinjaman tersebut pada tarikh yang telah dipersetujui.

PEMATUHAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709) NEGARA MALAYSIA.