Matlamat dan Objektif
Last Updated: Monday, 12 July 2021
Matlamat :
- Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan perpustakaan-perpustakaan di daerah.
- Menyediakan prasarana bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini.
- Mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.
- Membudayakan masyarakat dengan budaya membaca.
- Membantu merealisasikan agenda dan wawasan Kerajaan Negeri.
Objektif :
- Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan cawangan-cawangan Perpustakaan di seluruh negeri.
- Mengadakan dan menyelenggara Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa.
- Mengambil alih mana-mana perpustakaan yang ada di dalam negeri dengan persetujuan pentadbiran perpustakaan tersebut.
- Mengembangkan dan menggalakkan bacaan khususnya dalam Bahasa Malaysia.