Peraturan Penggunaan Bilik Perbincangan
Last Updated: Friday, 16 August 2019
- Perkhidmatan ini hanya melibatkan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam sahaja buat masa ini.
- Terbuka untuk AHLI Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sahaja.
- Terhad untuk 2 jam penggunaan sahaja. Pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengunjung lain.
- Sekurang-kurangnya 4 orang pengguna di dalam bilik perbincangan tersebut.
- Penggunaan bilik ini adalah untuk tujuan perbincangan, perbentangan dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
- Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
- Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
- Pengguna dilarang makan dan minum semasa di dalam bilik perbincangan.
- Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik perbincangan.
- Sila susun kembali meja dan kerusi dan pastikan tiada sampah dan barang persendirian telah dibawa keluar.
- Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
- Bayaran perlu dijelaskan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dengan kadar bayaran seperti berikut :
ARAS |
KAPASITI |
BAYARAN |
G |
4 Orang |
RM3.00/Jam |
6 Orang |
RM5.00/Jam |
|
2 |
6 Orang |
RM5.00/Jam |
3 |
8 Orang |
RM5.00/Jam |