Pusat Siber Rakyat (PSR)
Objektif Penubuhan
Objektif Am :
- Kerajaan Negeri dapat mempelbagaikan lagi cabang program di bawah "Mesra Rakyat".
- Kerajaan Negeri dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara warga Selangor dengan pihak Kerajaan Negeri
- Alternatif yang terbaik supaya Kerajaan Negeri dapat memberi sumbangan dan bakti kepada seluruh warga Selangor
- Salah satu kaedah kepada Kerajaan Negeri bagi melaksana program yang berbentuk menjaga kebajikan warga Selangor
Objektif Khusus :
- Memberi pendedahan kepada warga Selangor mangenai penggunaan komputer amnya dan teknologi maklumat khususnya.
- Memberi kemudahan dengan mewujudkan peluang kepada orang ramai, khasnya warga Selangor untuk mendalami teknologi maklumat dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang celik IT
Perkhidmatan PSR terdapat di :
- Perpustakaan Daerah Klang
- Perpustakaan Daerah Kuala Langat
- Perpustakaan Daerah Gombak
- Perpustakaan Daerah Kuala Kubu Bharu
- Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
- Perpustakaan Daerah Hulu Langat
- Perpustakaan Daerah Kuala Selangor
- Perpustakaan Cawangan Rawang
- Perpustakaan Cawangan Pelabuhan Klang
- Perpustakaan Komuniti Sg. Udang
- Perpustakaan Pekan Bestari Jaya
- Perpustakaan Pekan Semenyih
- Perpustakaan Pekan Sg. Pelek
- Perpustakaan Pekan Dataran Sabak
- Perpustakaan Pekan Hulu Bernam
- Perpustakaan Pekan Sekinchan
- Perpustakaan Desa Kampung Melayu Ampang
- Perpustakaan Desa Kalumpang
- Perpustakaan Desa Jenjarom
- Perpustakaan Desa Parit Baru
- Perpustakaan Desa Parit Mahang (Belum Beroperasi)
- Perpustakaan Desa Kuang
Setiap PSR dilengkapi, dengan 10 atau 11 unit komputer, 1 unit pencetak, 1 unit pengimbas dan 1 unit projektor.
Peraturan-Peraturan Penggunaan PSR :
- Pelanggan yang menggunakan pusat perkhidmatan ini hendaklah merekodkan nama mereka kepada kakitangan yang bertugas.
- Masa penggunaan minima yang diberikan kepada setiap pelanggan adalah selama 30 minit (bergantung kepada kekosongan)
- Kadar bayaran adalah seperti berikut :
Penggunaan internet :
Setengah jam - RM0.50/seorangMencetak :
Hitam putih - RM 0.20/helai
Warna (setengah muka surat) - RM 0.50/helai
Warna (penuh) - RM 1.00/helaiMesin Pengimbas :
Sekali Imbas (Maksimum 20 Muka surat) - RM 0.10/muka suratPlug Point :
Satu plug - RM 1.00/sehari - Penggunaan wayar sambungan atau extension wire tidak dibenarkan sama sekali.
- Penggunaan CD-ROM (jika ada) adalah percuma tetapi pelanggan hendaklah mencatit nama mereka dan meminta CD-ROM yang hendak diguna mengikut koleksi yang sedia ada.
- Pelanggan dibenarkan menggunakan 1 komputer untuk seorang sahaja.
- Pengguna tidak boleh membuka laman web berbentuk lucah dan lain-lain yang melanggar undang-undang pihak berkuasa.
- Tiada sebarang permainan komputer dibenarkan.
- Pastikan external hard disk/ pen-drive yang hendak digunakan diimbas terlebih dahulu bagi mempastikan tiada virus.
- Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.
- Pihak PPAS juga tidak bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan data atau seadanya semasa menggunakan perkhidmatan ini.
"Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik Sejuta Maklumat"