Selamat Datang ke Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA SENYUMAN,
SEKALI KLIK SEJUTA MAKLUMAT.

Terokai pelbagai program dan perkhidmatan PPAS yang kami sediakan khas buat anda.

KELAS ASAS BAHASA ATAS TALIAN
About Us
KELAS ONLINE

Jom belajar bahasa dalam talian bersama tutor profesional!

  • Tutor berpengalaman
  • Kursus 3 bulan
  • 4 kali sebulan
  • Kelas 1 jam setiap minggu
PERKHIDMATAN PELANGGAN

KENAPA ANDA PERLU
MENDAFTAR SEBAGAI AHLI
PERPUSTAKAAN PPAS?

Keahlian anda akan memberikan akses kepada bahan bacaan, alat pembelajaran, fasiliti perpustakaan dan banyak lagi.

Rangkaian Perpustakaan PPAS mempunyai koleksi bahan bacaan dan alat pembelajaran yang komprehensif, fasiliti sewaan yang lengkap, ruang multimedia dan edutainment yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur dengan kadar bayaran yang rendah.

Klausa PDPA

Saya bersetuju dan mengaku bahawa segala maklumat yang diberi adalah benar bagi pendaftaran keahlian ini. Saya juga mengambil maklum serta bersetuju bahawasanya maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan keahlian dan tidak disalahguna atau disalahpakai oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam sebarang urus niaga komersial berdasarkan PEMATUHAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709) NEGARA MALAYSIA.

PINJAMAN BUKU KINI LEBIH MUDAH DENGAN BOOKSFLY2U

Pinjaman buku dengan hanya satu panggilan. BooksFly2U akan menjimatkan masa dan tenaga anda. Kami akan mengambil senarai buku yang anda pilih dan menghantarnya ke rumah anda. Atau anda boleh pick-up di PPAS yang berdekatan.

Hubungi/WhatsApp:
010-8491448/ 03-55197667
(Servis tidak termasuk caj penghantaran e-hailing)

Penubuhan Makerspace@library di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam telah direalisasikan pada penghujung tahun 2020 dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Makerspace ialah hub yang mengandungi alat dan komponen yang membolehkan kita membuat, mereka, mencipta dan belajar.

Aktiviti yang dijalankan di makerspace ini dapat meningkatkan kemahiran motor (motorskills) yang merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai, sekaligus dapat “melahirkan lebih ramai pencipta, berbanding pengguna(to develop more creators instead of more consumers) dan “menghasilkan banyak pekerjaan, berbanding mencari pekerjaan”(to become job creators instead of job seekers). Dengan terhasilnya banyak peluang pekerjaan, diharapkan dapat mempertingkatkan ekonomi bukan sahaja untuk individu, bahkan untuk negeri dan negara.

PPAS Sound Studios adalah Studio Rakaman Awam pertama, di Malaysia. Terletak di Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam dan PPAS Gombak.

Ini adalah inisiatif, sokongan dan usaha dari Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan Perpustakaan Negeri Selangor untuk membantu memberi inspirasi, mendidik, dan menyemarakkan kreativiti kepada semua orang dalam industri muzik. 

Ini adalah untuk menyediakan sumber daya untuk industri muzik berkembang dalam ekosistem ekonomi dan kreatif.

CREATING VALUE THROUGH TECHNOLOGY

PINJAMAN DESKTOP & LAPTOP

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)​

SEPINTAS merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS kepada warga Selangor dengan menyediakan Pinjaman Desktop / Laptop secara percuma.

Keutamaan kepada Pelajar / Individu yang amat memerlukan

Tempoh pinjaman: Maksimum 180 hari.

Dilaksanakan di 50 Cawangan Perpustakaan
seluruh negeri Selangor

BACAAN MENARIK!
The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go. – Dr. Seuss

BERITA & PENGUMUMAN
AKTIVITI PPAS

PAUTAN RAKAN PERPUSTAKAAN

PAUTAN AGENSI

Tooltip content
ms_MYMY