A NEW YEAR A NEW YOU Berita baik untuk semua! Program 'A New Year A New You' akan diadakan pada 28 (Sabtu) & 29 (Ahad) Januari 2012, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Auditorium PPAS, Tingkat 2, PPAS. Penyertaan adalah terhad. |
|
Last Updated on Friday, 27 January 2012 15:20 |
|
PERTANDINGAN BOWLING NINTENDO Wii 2012Berita baik untuk adik-adik! Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (RATU) akan menganjurkan Pertandingan Bowling Nintendo Wii pada hari Sabtu, 28 Januari 2012, bermula jam 9.30 pagi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua adik-adik yang berusia 12 tahun dan ke bawah. Pendaftaran boleh dibuat di kaunter Zon Kreatif RATU atau hubungi En Ismail di talian 03-55197667 smbg 1007. Cepat, penyertaan terbuka untuk 20 peserta terawal SAHAJA. Hadiah eksklusif dari PPAS menanti para pemenang! Klik untuk maklumat lanjut |
|
Last Updated on Thursday, 26 January 2012 17:36 |
PENGUMUMAN : Kepada pengunjung yang dihormati, untuk makluman perkhidmatan perpustakaan kelolaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan ditutup bermula Sabtu 4 Februari 2012 hingga Selasa 7 Februari 2012. Penutupan perpustakaan adalah bersempena Hari Keluarga PPAS pada 4 & 5 Februari 2012, cuti ganti Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) pada 6 Februari 2012 dan sambutan Hari Thaipusam pada 7 Februari 2012. Perkhidmatan perpustakaan akan beroperasi seperti biasa mulai Rabu, 8 Februari 2012. Perpustakaan akan dibuka semula bermula jam 9.30pg manakala perkhidmatan kaunter perpustakaan hanya akan dibuka bermula jam 12.30 tghr bagi membolehkan urusan penyusunan dan pengemasan buku dan perpustakaan dilakukan. Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan PPAS ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti kepada semua yang beragama Islam, Hindu serta seluruh rakyat Malaysia. Tema sambutan Maulidur Rasul 1433H ialah "Persefahaman Asas Pembangunan Ummah" "Thaipusam (Tamil: தைப்பூசம், Taippūcam ?) is a Hindu festival celebrated mostly by the Tamil community on the full moon in the Tamil month of Thai (January/February). It is celebrated not only in countries where the Tamil community constitutes a majority, but also in countries where Tamil communities are smaller, such as Singapore and Malaysia." For More info, click here. |
|
Last Updated on Thursday, 26 January 2012 16:50 |
PEMBUKAAN MINI 3D THEATER  Pembukaan 3D Mini Theater telah bermula pada Rabu, 28 Disember 2011 (Mini 3D Theater terletak di aras G, bersebelahan bilik XD Theater). Tayangan penuh filem RIO (sesi pg) dan CARS 2 (sesi ptg) dalam format 3D menggunakan kacamata 3D khas Sony.
Waktu : Sesi pg (10pg-12tgh) , Sesi ptg (2.15ptg-4.15ptg) dan Jumaat ptg (3ptg-5ptg) Harga : RM7.00/ seorang Denda (Jika berlaku kerosakan/ kehilangan kacamata) : RM400/ kacamata
Mini 3D Theater buat masa ini hanya boleh memuatkan seramai 16 orang sahaja. Para pengguna TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN KE DALAM BILIK TAYANGAN.
|
|
Last Updated on Thursday, 29 December 2011 14:47 |
PENGUMUMAN : Untuk makluman terkini, waktu perkhidmatan XD / 6D Theater telah dilanjutkan seperti berikut ;
Setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu & Ahad : 10pg - 1 ptg | 2.15ptg - 5.30 ptg Setiap hari Jumaat : 10.00pg - 12 tghr | 3.00ptg - 5.30 ptg Sabtu dan Ahad : 10.00pg - 1 ptg | 2.15ptg - 4.30ptg |
LAWATAN SAMBIL BELAJAR OLEH AKADEMI ZAKAT SELANGOR Pada 30 November 2011 (Rabu), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menerima lawatan sambil belajar dari anak-anak asnaf bersama Akademi Zakat Selangor. Lawatan sambil belajar ini diadakan bersempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, dan melibatkan seramai 69 orang pelajar berusia dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun, bersama-sama 12 orang fasilitator dan guru pengiring. Klik untuk maklumat lanjut |
|
Last Updated on Sunday, 04 December 2011 15:45 |
LAWATAN RASMI DAN KUNJUNGAN BALAS NATIONAL LIBRARY OF SINGAPORE Pada hari Jumaat bersamaan 25 November 2011 yang lepas, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menerima lawatan rasmi dan kunjungan balas daripada National Library Board of Singapore (NLBS). Turut hadir bersama deligasi seramai 8 orang itu ialah tetamu daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd. Para tetamu telah dibawa melawat sekitar PPAS disamping mencuba perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan seperti gimnasium, ubiq window, mini 3D theater dan 6D theater. Lawatan bermula kira-kira pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari. Klik untuk maklumat lanjut |
|
Last Updated on Wednesday, 30 November 2011 10:38 |
JADUAL PERJALANAN COASTER KE PERPUSTAKAN AWAM NEGERI SELANGOR (PPAS) Sukacita dimaklumkan, perkhidmatan coaster telah disediakan untuk kemudahan pengunjung Perpustakaan Awam Selangor. Perjalanan coaster terbahagi kepada dua sesi, iaitu Sesi Pagi dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh dan Sesi Petang dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Perjalanan bagi sesi pagi ialah dari Kompleks PKNS ke PPAS, manakala sesi petang dari PPAS ke Kompleks PKNS. Sila klik untuk maklumat lanjut jadual perjalanan. |
|
Last Updated on Wednesday, 30 November 2011 08:55 |
PROMOSI KURSUS RANGSANGAN KERJAYA UNTUK SISWAZAH SELANGOR Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Perangsang Selangor Berhad akan menganjurkan kursus-kursus lepasan ijazah dan diploma secara percuma, bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.Keutamaan adalah kepada para graduan yang sedang mencari pekerjaan dan keutamaan adalah kepada anak negeri Selangor. (Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Sarwani Abd. Jalal di talian 03-55197667 smb. 1425 atau 019-5672245) Anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad  Dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan & PPAS 
|
|
Last Updated on Tuesday, 01 November 2011 07:49 |
|
|