Kerajaan Negeri dapat mempelbagaikan lagi cabang program di bawah "Mesra Rakyat".
Kerajaan Negeri dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara warga Selangor dengan pihak Kerajaan Negeri.
Alternatif yang terbaik supaya Kerajaan Negeri dapat memberi sumbangan dan bakti kepada seluruh warga Selangor.
Salah satu kaedah kepada Kerajaan Negeri bagi melaksana program yang berbentuk menjaga kebajikan warga Selangor.
OBJEKTIF KHUSUS
Memberi pendedahan kepada warga Selangor mangenai penggunaan komputer amnya dan teknologi maklumat khususnya.
Memberi kemudahan dengan mewujudkan peluang kepada orang ramai, khasnya warga Selangor untuk mendalami teknologi maklumat dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang celik IT.
“Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik Sejuta Maklumat”
Peraturan-Peraturan Penggunaan Multimedia :
Penggunaan internet: Setengah jam - RM0.50/seorang
Mencetak: Hitam putih - RM 0.20/helai Warna (setengah muka surat) - RM 0.50/helai Warna (penuh) - RM 1.00/helai
Mesin Pengimbas: Sekali Imbas (Maksimum 20 Muka surat) - RM 0.10/muka surat
Plug Point: Satu plug - RM 1.00/sehari
Setiap PSR dilengkapi dengan 10 atau 11 unit komputer, 1 unit pencetak, 1 unit pengimbas dan 1 unit projektor.
Penggunaan wayar sambungan atau extension wiretidak dibenarkan.
Penggunaan CD-ROM (jika ada) adalah percuma tetapi pelanggan hendaklah mencatit nama mereka dan meminta CD-ROM yang hendak diguna mengikut koleksi yang sedia ada.
Pelanggan dibenarkan menggunakan 1 komputer untuk seorang sahaja.
Pengguna tidak boleh membuka laman web berbentuk lucah dan lain-lain yang melanggar undang-undang pihak berkuasa.
Tiada sebarang permainan komputer dibenarkan.
Pastikan external hard disk/pen-drive yang hendak digunakan diimbas terlebih dahulu bagi mempastikan tiada virus.
Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.
Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.