- KATEGORI SUMBANGAN
- KRITERIA PENERIMAAN SUMBANGAN
KATEGORI SUMBANGAN DI PPAS
Sumbangan Khusus
Sumbangan yang diterima khas dari agensi/badan korporat, samada melalui pemberian dana atau penerimaan terus. Penerimaan bahan telah mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.
Sumbangan Umum
Sumbangan terus dari masyarakat umum kepada perpustakaan
PENGURUSAN PERBADANAN PEPRUSTAKAAN AWAM SELANGOR
DISEMBER 2019
KRITERIA PENERIMAAN SUMBANGAN BAHAN
- Bahan yang diterima merupakan bahan monograf sahaja.
- Bahan sumbangan yang bersesuaian sahaja akan diproses mengikut polisi yang sedia ada.
- Penyumbang individu hendaklah menyerahkan maklumat peribadi dengan mengisi Borang Akuan Pemberian yang disediakan.
- Bahan hendaklah dalam keadaan baik dan tidak rosak.
- Bahan dalam salinan fotokopi tidak diterima.
- Buku teks sekolah, buku komputer, buku rujukan ulangkaji yang outdated, komik berserta majalah hiburan, buku berunsur lucah adalah tidak diterima.
- Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berhak membuat apa-apa tindakan terhadap bahan yang diterima.
- Sebarang tuntuan selepas penyerahan bahan adalah tidak dibenarkan dan bahan-bahan yang diserahkan akan menjadi koleksi dan hak milik Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
- Sebarang penyerahan bahan hendaklah diserahkan sendiri oleh penyumbang dan kemudahan pengangkutan tidak disediakan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.