- MAKLUMAN
- PERATURAN PERPUSTAKAAN
- KADAR PULANGAN LEWAT
MAKLUMAN KEPADA PARA PENGUNJUNG YANG DIHORMATI
- Pemeriksaan keselamatan akan dibuat kepada semua pelanggan perpustakaan di setiap pintu keluar perpustakaan.
- Tujuan pemeriksaan ini dibuat berikutan terdapat banyak kehilangan perkakasan, buku-buku serta bahan-bahan milik perpustakaan.
- Pemeriksaan akan meliputi semua jenis beg, buku-buku dan bahan perpustakaan serta barang-barang yang terlarang (gunting, pisau dll).
- Sila pastikan buku perpustakaan yang hendak dibawa keluar telah dipinjam secara sah.
- Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang bertugas.
PERATURAN PERPUSTAKAAN
- Pelanggan tidak dibenarkan membuat tanda dengan pen/pensil atau melipat muka surat buku atau dengan lain-lain cara yang merosakkan buku-buku, majalah, alat-alat, perabut dan barang hak milik PPAS.
- Bahan buku dan APD tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan kecuali bahan yang telah dipinjam.
- Pelanggan hendaklah menunjukkan kepada kakitangan yang bertugas segala buku-buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan.
- Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising yang boleh mengganggu pelanggan lain.
- Pelanggan tidak dibenarkan membawa atau menjual makanan dan minuman di dalam perpustakaan.
- Pelanggan tidak dibenarkan makan-minum, merokok dan meludah di dalam perpustakaan.
- Pelanggan hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan.
- Pelanggan tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan masuk ke perpustakaan.
- Pegawai Perpustakaan atau kakitangan perpustakaan yang bertugas mempunyai kuasa meminta pelanggan yang mengganggu ketenteraman keluar dari perpustakaan.
- Pihak perpustakaan berkuasa untuk menarik barang-barang perpustakaan seperti buku dan lain-lain daripada pelanggan yang melanggar undang-undang perpustakaan. Mereka ini tidak dibenarkan memasuki perpustakaan.
- Pegawai perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk atau keluar pelanggan yang berkelakuan sumbang.
- Kemudahan menggunakan perpustakaan akan ditarik balik jika seseorang itu gagal mematuhi undang-undang tersebut di atas.
- Tiap-tiap seseorang yang berada di mana-mana bahagian perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut :
- Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh.
- Berjudi atau bertaruh.
- Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor.
- Mereka yang terus tinggal di dalam perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup
KADAR LEWAT PEMULANGAN BAHAN PINJAMAN
Buku
RM0.50 per hari
CD/DVD
RM2.00 per hari