Perkhidmatan OPAC Ditutup Sementara
Sepanjang tempoh penaiktarafan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS), perkhidmatan carian buku secara dalam talian (OPAC) akan ditutup sementara waktu bagi membolehkan proses migrasi data dan pemasangan sistem baharu dijalankan.
Pengguna tidak akan dapat membuat carian melalui OPAC dalam tempoh ini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan memaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan OPAC kembali beroperasi seperti biasa.
OPAC Service Temporarily Closed
During the Library Management System (LMS) upgrade period, the Online Public Access Catalog (OPAC) search service will be temporarily closed to allow for data migration and installation of the new system.
Users will not be able to search the catalog via OPAC during this time. We apologise for any inconvenience and will notify you once OPAC service is restored to normal.
- Katalog Buku Perpustakaan
Web OPAC merupakan katalog atas talian berasaskan web yang digunakan bagi mencari buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan dengan hanya mengetahui salah satu dari daftar kelengkapan buku atau bahan tersebut. Pencarian tersebut akan memaparkan butiran maklumat seperti nombor panggilan atau kedudukan buku di rak perpustakaan, status pinjaman dan lain-lain.
Garis panduan berikut disediakan bagi membantu proses pencarian buku di OPAC :
Tips Penggunaan Fungsi Carian Web OPAC :
- Langkah 1 : Pengguna boleh membuat carian menggunakan kaedah ‘Browse Search’. Pilih bidang melalui senarai pilihan yang disediakan (Sort by) untuk mengecilkan skop carian.
- Langkah 2 : Gunakan ‘Search Facet’ di sebelah kiri skrin bagi memudahkan carian berdasarkan format, lokasi, tahun terbitan dan lain-lain.
- Langkah 3 : Luaskan carian dengan memanfaatkan fungsi ‘Additional Terms’.
- Langkah 4 : Guna fungsi ‘Advanced Search’ untuk membuat carian dengan lebih spesifik berdasarkan beberapa kategori dalam satu-satu masa.