Bilik Perbincangan
POD
Pod membaca ini dilengkapi dengan meja, sofa dan sistem penghawa dingin yang memastikan keselesaan sepanjang masa. Ruang ini juga kedap bunyi, menjadikannya ideal untuk membaca atau berbincang dengan tenang tanpa gangguan dari bunyi luar.
Pod membaca ini dilengkapi dengan meja, sofa dan sistem penghawa dingin yang memastikan keselesaan sepanjang masa. Ruang ini juga kedap bunyi, menjadikannya ideal untuk membaca atau berbincang dengan tenang tanpa gangguan dari bunyi luar.
Bilik pod mesyuarat ini dilengkapi dengan meja, enam kerusi selesa, dan penghawa dingin. Terdapat juga skrin LCD berdiri bagi kemudahan pembentangan. Ruang ini kedap bunyi, memberikan suasana privasi dan fokus untuk perbincangan tanpa gangguan.
Terma & Syarat
- Perkhidmatan ini hanya melibatkan Pustaka Raja Tun Uda (PRTU) dan beberapa perpustakaan daerah.
- Terbuka untuk AHLI Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sahaja.
- Terhad untuk 2 jam penggunaan sahaja. Pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengunjung lain.
- Sekurang-kurangnya 4 orang pengguna di dalam bilik perbincangan tersebut.
- Penggunaan bilik ini adalah untuk tujuan perbincangan, perbentangan dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
- Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan bilik perbincangan.
- Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
- Pengguna dilarang makan dan minum semasa di dalam bilik perbincangan.
- Pihak perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan bilik perbincangan.
- Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
- Perkhidmatan ini hanya melibatkan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam sahaja buat masa ini.