Pinjaman Desktop/Laptop (SEPINTAS) – RASMi

  • Home
  • Pinjaman Desktop/Laptop (SEPINTAS) – RASMi

Pengenalan

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS dengan menyediakan perkhidmatan PINJAMAN desktop dan laptop secara PERCUMA kepada warga Selangor terutama kepada mereka yang amat memerlukan (keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah kelolaan PPAS. Proses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama iaitu maksimum 180 hari. 

Perkhidmatan ini disediakan bagi menyediakan keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda. 

Desktop dan laptop yang dipinjamkan dilengkapi dengan pembesar suara, WIFI, webcam, perisian Microsoft Office dan semua peralatan yang diperlukan untuk pembelajaran secara online. Selain pembelajaran peranti-peranti ini juga boleh digunakan oleh seisi keluarga bagi tujuan menjana pendapatan secara online.

Syarat Permohonan

Syarat Pinjaman

Sila isi borang Pendaftaran di pautan ini Click here
ms_MYMY