Perkhidmatan Multimedia telah dimulakan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun 1999 atas inisiatif bahagian Komputer/ Multimedia (kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat). Ia bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat negeri Selangor.
Multimedia Dan Internet – setiap aras
Terdapat 14 komputer di setiap tingkat di setiap tingkat yang terdiri daripada komputer iMac dengan system operasi MAC OS dan 9 komputer yang berasakan Windows untuk pilihan pengguna di aras G hingga aras 4.
Perpustakaan juga dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma dengan kelajuan 100Mbps.

Peraturan-Peraturan Penggunaan PSR @ Multimedia :
1
Pelanggan yang menggunakan pusat perkhidmatan ini hendaklah merekodkan nama mereka kepada kakitangan yang bertugas.
2
Masa penggunaan minima yang diberikan kepada setiap pelanggan adalah selama 30 minit (bergantung kepada kekosongan)
3
Kadar bayaran adalah seperti berikut:
-
Penggunaan internet:
Setengah jam - RM0.50/seorang -
Mencetak:
Hitam putih - RM 0.20/helai
Warna (setengah muka surat) - RM 0.50/helai
Warna (penuh) - RM 1.00/helai -
Mesin Pengimbas:
Sekali Imbas (Maksimum 20 Muka surat) - RM 0.10/muka surat -
Plug Point:
Satu plug - RM 1.00/sehari
- Penggunaan wayar sambungan atau extension wire tidak dibenarkan.
- Penggunaan CD-ROM (jika ada) adalah percuma tetapi pelanggan hendaklah mencatit nama mereka dan meminta CD-ROM yang hendak diguna mengikut koleksi yang sedia ada.
- Pelanggan dibenarkan menggunakan 1 komputer untuk seorang sahaja.
- Pengguna tidak boleh membuka laman web berbentuk lucah dan lain-lain yang melanggar undang-undang pihak berkuasa.
- Tiada sebarang permainan komputer dibenarkan.
- Pastikan external hard disk/pen-drive yang hendak digunakan diimbas terlebih dahulu bagi mempastikan tiada virus.
- Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.
- Pelanggan tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu pelanggan yang lain dan perkara-perkara yang mencurigakan pihak perpustakaan. Sekiranya berlaku, pihak perpustakaan berhak meminta pelanggan meninggalkan ruangan multimedia dengan serta merta.