Info Korporat

  • Home
  • Info Korporat

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Hari ini pengunjung Perpustakaan Awam Selangor bukan lagi hadir ke perpustakaan sekadar meminjam buku, menyiapkan tugasan, atau mengulangkaji pelajaran, bahkan Perpustakaan Awam Selangor berjaya berperanan lebih daripada itu.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah menjadi sebuah pusat sehenti yang berperanan sebagai jambatan kepada rakyat di Selangor bagi meneroka ruang dan peluang bagi memacu penciptaan nilai dan pembangunan modal insan di Negeri Selangor. Ini merupakan komponen penting dalam melahirkan rakyat Selangor yang cemerlang dan mampu menjadi aset berharga sekaligus menyumbang kepada negeri tercinta ini.

Saya berhasrat agar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dapat menggembeleng usaha memartabatkan sektor pendidikan termasuk mengaktifkan ruang penyelidikan, pembangunan sosio-ekonomi serta pembangunan sosio-budaya, menambahkan teras baharu dalam elemen pendidikan dan penyelidikan, dan tidak hanya tertumpu kepada sifat tradisi perpustakaan yang bersifat penyimpanan dan peminjaman buku semata-mata.

Ralph Waldo Emerson menyebut bahawa “there is no knowledge that is not power”.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sebagai tulang belakang bagi kerajaan Negeri Selangor dalam aspek pendidikan, berhasil memartabatkan kedudukan ilmu sekaligus merealisasikan salah satu strategi Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor iaitu merencana agenda pendidikan unggul.

Ibnu Khaldun menerusi karyanya, Muqaddimah, melontarkan suatu teori yang dikenali sebagai Umran, yang seringkali dikaitkan dengan peradaban ataupun tamadun. Akan tetapi, Umran juga merangkumi antaranya kemakmuran. Ini termasuklah keinginan membangunkan jiwa-jiwa soleh yang mampu memimpin Umran ataupun tamadun.

Ilmu dan hikmah adalah satu kekuatan. Rakyat yang berilmu, berhikmah dan berintegriti adalah sumber kekuatan kepada negeri ini. Rakyat yang berilmu akan menjana Selangor menjadi negeri unggul. Kerana itu, kita menumpukan usaha yang besar bagi memastikan akses pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat.

Tiada apa yang mustahil dicapai sekiranya kita tekun, berhikmah dan berusaha keras mencapai cita-cita tersebut. Kita bersedia memecahkan segala rintangan yang menjadi penghalang kepada kemajuan dan kestabilan negeri.

Saya mendoakan agar rakyat Selangor diberikan kekuatan dan tekad yang jitu dalam melestarikan khazanah pendidikan buat generasi penerus masa hadapan.

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

PERUTUSAN PENGARAH
YBhg. Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, D.S.I.S. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2022 kini dalam lipatan sejarah.

Tahun 2023 masih banyak tanda soal, dan ini bermakna masih banyak ruang dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri, baik bagi individu, keluarga mahupun organisasi.

Pengalaman lalu memberi kita pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan dan mempelajari apa amalan terbaik untuk kita teruskan. Bak kata penyair, T.S. Eliot, “Setiap masa adalah permulaan yang baharu.”

Bagi kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, tahun 2022 adalah tahun kami belajar semula dalam menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk semua bagi membolehkan kita bangkit semula dari ujian dan situasi tahun 2020-2021, sama ada dalam bentuk kemudahan fizikal, bahan-bahan bacaan dan rujukan, juga program dan aktiviti yang sesuai terutama yang berpotensi membantu masyarakat menjana pendapatan.

Perpustakaan Awam Selangor kini memfokuskan kepada 5 keperluan utama masyarakat dalam merangka dan melaksanakan projek penaiktarafan, dan menyediakan kemudahan dan program iaitu:

1
Kebebasan kewangan
2
Kerjaya
3
Keluarga
4
Kesihatan
5
Spiritual.

Bagi mencapai hala tuju ini, Perpustakaan Awam Selangor menyesuaikan posisi dan peranannya sebagai:

    1
    Rumah kedua
    2
    Pusat pembelajaran
    3
    Tempat pertemuan
    4
    Pusat rekreasi
    5
    Pusat pembangunan modal insan.

    Maka bagi tahun 2023 ini, kami berharap segala pengalaman, pengajaran, dan termasuklah maklum balas dari anda semua akan dapat membantu kami meningkatkan lagi perkhidmatan perpustakaan. Perpustakaan awam adalah sebuah sanktuari dan ia ibarat oksigen―neutral dan tidak berwarna. Maka manfaatnya perlu disebarluaskan agar dapat dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur di Selangor khususnya, dan Malaysia umumnya.

    YBhg. Datin Paduka Mastura Hj Muhamad, D.S.I.S.
    Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

    LEMBAGA PENGARAH

    PENGERUSI

    1.  Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari
    Dato’ Menteri Besar Selangor (Merangkap EXCO Pendidikan)

    TIMBALAN PENGERUSI

    2. Y.B. Tuan Dr. Maszlee bin Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

    AHLI LANTIKAN ATAS JAWATAN

    3. Y.B. Dato’ Haji Haris bin Kasim
    (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau wakil)

    4. Puan Hajah Anismah Binti M.Noh
    (Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor atau wakil)

    5. Puan Salasiah Binti Abdul Wahab
    (Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia atau wakil)

    6. Y.Bhg. Dato’ Nafisah Binti Ahmad
    (Wakil Tetap Persatuan Pustakawan Malaysia, PPM)

    AHLI

    7. Y.B Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin
    (Pegawai Kewangan Negeri Selangor)

    8. Y.D.H Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir
    (Orang Besar Daerah Petaling)

    9. Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib

    10. Y.B Puan Wong Siew Ki

    11. YBrs. Dr. Mohammad Alinor b. Abdul Kadir

    12. Puan Pauline Fan Yee Loon

    13. YBrs. Dr Mohd Khairul Anam Che Mentri

    14. Encik Mohd Khair bin Ngadiron

    ENCIK NORAZHAN BIN SAHLAN

    Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

    PERUTUSAN PENGERUSI
    KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

    Dimaklumkan bahawa permohonan mendapatkan maklumat dari PPAS (selain daripada maklumat umum yang boleh didapati dari Kaunter Pendaftaran, Kaunter Peminjaman/Pemulangan, dan Kaunter Rujukan) adalah tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.

    Sehubungan itu, mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat, perlu melalui prosedur permohonan seperti berikut :

    Mengisi dan melengkapkan Borang A [PERATURAN 3]
    Mengemukakan Borang A, Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi kepada jabatan dan membuat pembayaran fi permohonan dan fi pemprosesan sebanyak RM 12.00 (tidak akan dikembalikan sama ada permohonan diterima ataupun ditolak).
    Pegawai Maklumat Jabatan akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu.

    Setelah prosedur di atas dipenuhi, barulah individu atau organisasi akan dirujuk kepada pegawai yang akan ditemuramah.

    Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Ketua Pegawai Maklumat PPAS.

    VISI

    Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat yang dapat membina kekuatan spiritual, intelektual dan emosi.

    MISI

    OBJEKTIF

    SLOGAN

    Selangkah ke Perpustakaan Sejuta Senyuman, Sekali Klik Sejuta Maklumat.

    TAGLINE

    Perpustakaan Rumah Keduaku | Library My Second Home

    MASKOT

    LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    Document Dokumen
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2022
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2021
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2020
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2019
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2018
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2017
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2016
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2015
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2014
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2013
    Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2012

      ms_MYMY