Dr Malik Yatam Catat Sejarah Dr Malik Yatam Makes History
Perjalanan seorang insan daripada kehidupan di penjara kepada pencapaian akademik tertinggi — sebuah kisah tentang ilmu, keinsafan, kesungguhan dan peluang kedua. The journey of an individual from life in prison to the highest level of academic achievement — a story of education, reflection, perseverance and second chances.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama tetamu pada majlis pelancaran buku PhD dari Penjara di Pustaka Raja Tun Uda. His Royal Highness the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, with guests at the launch of PhD dari Penjara at Pustaka Raja Tun Uda.
Dr Malik Yatam mencipta sejarah sebagai banduan pertama di Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian hingga peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara, sekali gus menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Pencapaian itu turut menjadikan Open University Malaysia (OUM) sebagai universiti pertama yang melahirkan graduan dari penjara.
Kisah perjalanan hidup dan perjuangan Dr Malik dirakamkan menerusi buku PhD dari Penjara, terbitan OUM, yang dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Pustaka Raja Tun Uda.
Dr Malik Yatam made history as the first prisoner in Malaysia to complete a Doctor of Philosophy (PhD) while still serving his prison sentence, earning recognition from the Malaysia Book of Records.
The achievement also made Open University Malaysia (OUM) the first university to produce a graduate from prison.
Dr Malik's life journey and pursuit of education are documented in PhD dari Penjara, published by OUM and launched by His Royal Highness the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, at Pustaka Raja Tun Uda.
Sebuah Kisah Diangkat Melalui Buku A Life Story Preserved in a Book
Dari sebuah perjalanan yang penuh cabaran, lahir sebuah karya yang merakamkan kekuatan ilmu dan kesungguhan untuk berubah. From a journey marked by challenges came a book that records the transformative power of education and determination.
Buku PhD dari Penjara, terbitan Open University Malaysia, merakamkan perjalanan hidup dan perjuangan Dr Malik Yatam dalam mendapatkan pendidikan ketika menjalani hukuman.
Pelancaran karya tersebut di Pustaka Raja Tun Uda menjadi satu lagi catatan penting dalam perjalanan beliau serta satu peringatan bahawa ilmu boleh membuka ruang kepada perubahan dalam kehidupan.
PhD dari Penjara, published by Open University Malaysia, documents Dr Malik Yatam's journey and his pursuit of education while serving his sentence.
The launch of the book at Pustaka Raja Tun Uda marked an important chapter in his journey and reflected how education can create a pathway towards change.
Peluang Untuk Membina Kehidupan Baharu An Opportunity to Build a New Life
Baginda bertitah bahawa pengampunan dan peluang kedua yang diberikan kepada Dr Malik perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membina kehidupan baharu.
Baginda turut menasihati bahawa seseorang yang pernah tersilap langkah mampu berubah melalui ilmu, keinsafan dan kesungguhan.
Dr Malik turut dinasihati supaya menjaga nama baik, terus berusaha memajukan diri dan tidak hanyut dalam kemasyhuran sehingga menjadi alpa atau hilang arah.
Beliau juga dinasihati agar tidak mudah terpengaruh atau terperangkap dalam politik.
His Royal Highness stated that the pardon and second chance given to Dr Malik should be used wisely to build a new life.
His Royal Highness also advised that a person who has made mistakes can change through education, reflection and determination.
Dr Malik was advised to uphold his good name, continue striving for self-improvement and remain grounded despite public attention.
He was also advised not to be easily influenced or drawn into politics.
Dari Penjara Kepada Doktor Falsafah From Prison to a Doctorate
Perjalanan Dr Malik menunjukkan bagaimana pendidikan menjadi sebahagian daripada proses mengubah kehidupan. Dr Malik's journey shows how education became part of his process of transforming his life.
Pendidikan terhenti Education interrupted
Kemiskinan memaksanya berhenti sekolah dan bekerja. Poverty forced him to leave school and work.
Menjalani hukuman penjara Serving a prison sentence
Dr Malik, yang menjalani hukuman penjara selama 24 tahun sejak berusia 14 tahun, berkata kemiskinan memaksanya berhenti sekolah dan bekerja. Dr Malik served a 24-year prison sentence beginning at the age of 14.
Titik perubahan A turning point
Hidayah yang diterimanya pada 2003 mendorong beliau kembali menuntut ilmu dan mengubah kehidupannya. A spiritual turning point in 2003 encouraged him to return to education and transform his life.
Kembali menduduki SPM Returned to education
Dengan bantuan pegawai serta kakitangan penjara, beliau menyambung pelajaran dan menduduki peperiksaan SPM. With support from prison officers and staff, he resumed his education and sat for the SPM examination.
Meneruskan perjalanan akademik Continuing the academic journey
Beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sebelum melanjutkan pengajian di OUM. He continued to the Malaysian Higher School Certificate (STPM) before pursuing higher education at OUM.
Doktor Falsafah Doctor of Philosophy
Beliau melanjutkan pengajian di OUM sehingga berjaya memperoleh PhD. He continued his studies at OUM and successfully obtained his PhD.
PhD dari Penjara
PhD dari Penjara
Kisah perjalanan hidup dan perjuangan Dr Malik dirakamkan menerusi buku PhD dari Penjara, terbitan Open University Malaysia.
Buku ini merakamkan perjalanan seorang insan yang kembali kepada pendidikan dan berjaya mencapai peringkat Doktor Falsafah.
Dr Malik's life journey and pursuit of education are documented in PhD dari Penjara, published by Open University Malaysia.
The book records the journey of an individual who returned to education and went on to achieve the level of Doctor of Philosophy.
Sorotan Majlis Moments from the Occasion
Beberapa detik daripada majlis pelancaran buku PhD dari Penjara di Pustaka Raja Tun Uda. Selected moments from the launch of PhD dari Penjara at Pustaka Raja Tun Uda.
Ilmu Membuka Jalan Education Opens a Path
Kisah Dr Malik Yatam mengingatkan kita bahawa perjalanan kehidupan tidak semestinya ditentukan oleh masa lalu. Dengan ilmu, kesungguhan, keinsafan dan peluang, seseorang mampu membina lembaran baharu. Dr Malik Yatam's story reminds us that a person's future does not have to be defined by the past. With education, perseverance, reflection and opportunity, a new chapter can be built.
← Kembali ke Sorotan & Kisah ← Back to Highlights & Stories