Kafeteria di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam terletak di luar bangunan perpustakaan. Di bina menghadap tasik, para pelanggan pastinya dapat menikmati suasana nyaman tasik yang tenang. Kubah masjid negeri juga tampak sayup dari kafe, menambahkan nilai estetik pada seluruh kawasan persekitaran perpustakaan.