Rumah Ngaji

Rumah Ngaji @ Pustaka Raja Tun Uda

Rumah Ngaji@PPAS adalah satu initiatif yang dimulakan oleh pihak Karangkraf, Warisan Ummah Ikhlas dan Akademi Sinergi Ikhlas. Rumah Ngaji@PPAS adalah projek kerjasama antara PPAS dan Karangkraf, dimana satu sudut disediakan banyak jenis Al Quran termasuk terjemahan dan digital untuk pengguna. Sekiranya mereka ingin belajar lebih mendalam lagi maka PPAS dengan kerjasama Warisan Ummah Ikhlas dan Akademi Sinergi Ikhlas akan menyediakan kelas untuk pelbagai peringkat. Ini merupakan projek sulung bersama Karangkraf dalam membina budaya baca dan faham Al Quran dan amalkan terus. Nama program untuk faham Al-Quran ini ialah B.B.Q (Baca Bincang Quran).
Di Rumah Ngaji@PPAS, pelajar akan didedahkan dengan makhraj huruf sebelum mendalami hukum-hukum tajwid lain seperti hukum nun sukun dan tanwin, hukum mim sukun, idgham, mad, qolqolah dan sebagainya. Untuk kedua-dua kelas asas dan tajwid, pelajar akan diberi kefahaman, dan pengukuhan melalui komunikasi dua hala antara pelajar dan tenaga pelajar.

Objektif Rumah Ngaji

1
Kelas Percuma
Memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran; dari peringkat asas hingga tajwid
2
Baca, Faham Dan Amal
Kelas bermula dari membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran
3
Meeting Point
Rumah Ngaji menjadi "meeting point" antara murid dan guru.
4
Train the Trainers
Para guru Al-Quran dilatih dengan kaedah dan teknik mengajar Al-Quran melalui latihan “Train the Trainers” dari masa ke semasa
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ngaji, boleh hubungi :
  • Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Lot 1, Jalan Renggam 15/5 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51013789, Faks: 03-51013685
ATAU hubungi Pegawai Rumah Ngaji:

LOKASI

PRTU

Aras 2 Pustaka Raja Tun Uda

SASARAN

Kanak-Kanak & Dewasa

Lingkungan Usia 6 - 70 Tahun

Antara Al-Quran yang diwakafkan oleh Karangkraf adalah :

Perasmian oleh Y.B. Dr Hajah Halimah Ali dengan diiringi oleh YBhg. Datin Paduka Mastura Haji Muhamad dan Dato’ Hussamuddin Yaacob. (Gambar diambil sebelum Pandemik)

Majlis Pra Pelancaran Rumah Ngaji @ PPAS telah diadakan pada 27 Ramadhan 1435 hijrah bersamaan dengan 25 Julai 2014 (Khamis). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PPAS, YB Dr Hajah Halimah Ali. Pihak Karangkraf telah mewakafkan sebanyak 70 naskhah Al-Quran bagi Rumah Ngaji @ PPAS untuk kegunaan orang ramai.

en_USEN