Description
Buku Selangkah ke Hadapan menghimpunkan pengalaman sebenar barisan pentadbiran daerah Petaling, khususnya Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, dalam mengurus krisis pandemik COVID-19.
Berlandaskan naratif Dato’ Johary Anuar, Pegawai Daerah ketika itu, buku ini merakam strategi kepimpinan, cabaran operasi PKPD, serta testimoni pelbagai agensi seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, PBT dan komuniti setempat.
Berbeza dengan kisah barisan hadapan perubatan, buku ini menyerlahkan peranan penting pentadbir daerah yang sering tidak terlihat namun sangat signifikan.
Ditulis dengan pendekatan naratif yang menyentuh emosi, buku ini menjadi dokumen rujukan dan inspirasi tentang ketangkasan pentadbiran Selangor dalam menghadapi krisis luar jangka.