Selangor Dalam Lukisan

RM79.00RM99.00

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung produk ini, sila hubungi Puan Anizon (Unit Penerbitan) di talian 03-5519 7667 atau email anizon@ppas.gov.my

SKU: N/A Category:

Description

SINOPSIS
Betapa indah dan megahnya Negeri Selangor, sebuah negeri yang tidak hanya kaya dengan sejarah, tetapi turut menjadi nadi utama ekonomi negara. Selangor, dengan keindahan alam dan tradisi yang unik, menggamit sesiapa sahaja untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Tidak hairanlah, Selangor menjadi tumpuan perantau yang ingin mencari rezeki dan membina kehidupan di tanah yang aman dan makmur ini.
Di bawah naungan pemerintah yang mesra rakyat, harmoni dalam kepelbagaian budaya dan agama, negeri ini menjadi kebanggaan kita semua. Sebagai anak Selangor, pasti hati kita berbunga-bunga dengan rasa syukur atas kemajuan dan kestabilan tanah kelahiran ini.
Buku SELANGOR DALAM LUKISAN membuka rasa keinginan anda untuk mengenali Selangor dari sudut yang berbeza. Melalui lukisan-lukisan penulis, setiap sudut daerah Selangor diceritakan dengan begitu mengasyikkan, seolah-olah membawa anda terus ke lokasi tersebut. Ini bukan sekadar bacaan, tetapi suatu perjalanan visual yang akan menawan hati dan mencetuskan rasa ingin tahu. Pastikan buku ini menjadi koleksi berharga anda untuk menjejaki warisan dan keindahan Selangor.

Additional information

Weight 0.9 kg
Dimensions 27.94 × 20.955 cm